Andika Putera kini tampil berserban, tapi lain pulak yang netizen komen

Pempengaruh media sosial, Andika Putera kini telah tampil dengan imej baharu iaitu berserban.

Melalui video yang tular di laman sosial Tiktok, pempengaruh itu dilihat memakai jubah serta berserban dan sedang memberikan motivasi berkenaan kecaman.

“Kejayaan untuk mendapatkan 1,000,000 followers(pengikut), akan mendapat 1,000,000 kecaman.”

Andika berpendapat, untuk mendapatkan kejayaan serta pengikut yang jutaan kita perlulah bersedia untuk mendapat sejuta kecaman dan juga sebaliknya.

“Untuk mendapatkan kejayaan yang luar biasa, kita kena besarkan kelayakan kita dengan iman yang kuat dan iman yang hebat.”

“Macam mana sekalipun orang kecam aku, hidup aku untuk Allah”.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berpendapat Andika Putera dilihat seperti syok sendiri kerana tiada sesiapa yang memahami apa yang disampaikan.

Ia berikutan pada permulaan pempengaruh itu memberi motivasi berkaitan kecaman namun diakhiri dengan hubungan dengan Allah.

Andika Putera sebelum ini popular apabila bercerai dengan isteri dan kontroversi dirinya bercinta dengan isteri orang melonjakkan namanya sebagai lelaki yang ‘redflag’.

Baca juga: Aaron-Wooi Yik dedah strategi ‘rahsia’ raih pingat Gangsa Olimpik, malam sebelum mesti..