Andrie anak dermawan, ahli korporat banyak menyumbang kepada Pas dan Bersatu?

Seorang pengguna TikTok mendedahkan siapa sebenarnya disebalik Andrie dan siapakan beliau sehingga sanggup membawa pelajar tahfiz ke Kepci Music Fest 2023, pada Sabtu lalu.

Pengguna yang dikenali sebagai @abe.long atau Coach Shariman menjelaskan anak-anak Tahfiz dari Rohingya itu dijemput oleh pihak ketiga bukan penganjur konsert.

Mengulas lanjut anak-anak Tahfiz disponsor oleh orang-orang korporat namanya Andrie dan siapa Andrie itu adalah anak kepada Datuk Sunny.

Dan siapa pula Datuk Sunny itu, dan dia adalah dermawan dan juga ahli korporat yang banyak menyumbang kepada Pas dan Bersatu.

“Kenal Pas, kenal Bersatu?

“Sebab itu jangan cepat sangat kita melatah bila dapat satu berita tengak dulu nasab macam mana kalau tidak, fitnah akan berlaku,”kata beliau.

Macam juga cerita Ahmad Dusuki yang juga seorang penceramah dengan suara lantangnya, Pas mengatakan Tabung Haji dijual kepada Cina dinafikan oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Sekarang ini terbukti tidak betul walhal fitnah itu berlaku dalam masjid dan disebarkan merata-rata walhal orang Islam mula marah Dr Mujahid sebabkan fitnah oleh Ahmad Dusuki.

“Nampak kerajaan tidak terlibat malah PMX pun tidak tahu anak-anak tahfiz di konsert itu,”kata beliau.

Seorang individu dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang memberi penjelasan berhubung tindakan membawa pelajar tahfiz ke Kepci Music Fest 2023, pada Sabtu lalu.

Andrie berkata, pihak kerajaan dan KFC tidak terlibat dengan kehadiran pelajar berkenaan.

Ujarnya, kanak-kanak yang tular memakai jubah hijau dan berserban putih itu adalah dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya.

Baca juga: Anak menangis teresak-esak kerana trauma, guru buang make-up di depan murid lelaki sambil bebel