Angka korban di Gaza meningkat, Israel tuduh bedilan roket kumpulan Jihad Islam yang tersasar

  • Post author:

Angka korban akibat keganasan yang makin meninggi di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 24 orang termasuk kanak-kanak semalam. Pertambahan mendadak ini berlaku disebabkan Israel melanjutkan operasi mengebom pejuang Palestin yang bertindak balas dengan melancarkan bedilan roket.

Angka dikemas kini pihak berkuasa kesihatan di Gaza menyatakan bahawa enam kanak-kanak antara yang terbunuh sejak kekejaman Israel bermula Jumaat lalu, manakala 204 orang pula cedera lapor Kosmo.

Salahkan roket kumpulan Jihad Islam

Bagaimanapun, Rejim Zionis menuduh kononnya bedilan roket kumpulan Jihad Islam yang tersasar menuduh kononnya bedilan roket kumpulan Jihad Islam yang tersasar mengakibatkan sebilangan kanak-kanak mati di Jabalia, utara Gaza kelmarin.

Masih belum jelas bilangan kanak-kanak yang terbunuh dalam insiden di Jabalia itu. Seorang jurugambar agensi berita AFP melihat enam mayat di sebuah hospital tempatan, termasuk tiga mangsa bawah umur.

Tentera Israel memberi amaran kempen serangan udara dan bedilan artileri terhadap Jihad Islam mungkin berlanjutan selama seminggu tetapi Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi berkata, Kaherah berunding 24 jam untuk kedua-dua belah pihak menamatkan keganasan.

Di Rafah yang terletak di sempadan Gaza dan Mesir, wanita dan kanak-kanak Palestin terperangkap di bawah runtuhan susulan serangan udara Rejim Zionis, kata unit pertahanan awam Semenanjung Gaza.

komander kanan Jihad Islam jadi sasaran

Pekerja-pekerja penyelamat menggali di sebuah tapak di mana komander kanan Jihad Islam, Khaled Mansour dilaporkan menjadi sasaran serangan Israel kelmarin.

Belum ada pengesahan rasmi mengenai kematian Khaled tetapi ketua direktorat operasi tentera Rejim Zionis, Oded Basiok berkata dalam satu kenyataan bahawa semua pemimpin kanan sayap tentera Jihad Islam telah dihapuskan.

Ketua PBB harap benarkan bahan api, makanan dan bekalan perubatan dihantar ke Gaza

Sementara itu, ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Palestin, Lynn Hastings menggesa pihak yang bertelagah supaya membenarkan bahan api, makanan dan bekalan perubatan dihantar ke Gaza di sebalik krisis semasa yang semakin buruk.

Siri serangan ke atas Gaza itu menyusul penangkapan dua anggota kanan Jihad Islam di Tebing Barat termasuk Bassem al-Saadi yang dituduh Rejim Zionis sebagai dalang serangan ke atas penduduk Yahudi baru-baru ini. – AFP

Baca Juga: Sanggup bagi isteri duit haram, penganggur ditahan selepas samun kedai

Baca Juga: Siapa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu?