Anita Sarawak muncul kembali untuk nafikan penceraian dengan suami. Penyanyi dan pelakon ikonik itu muncul semula untuk menamatkan khabar angin dan spekulasi mengenai ‘kehilangannya’ sejak 2011.
Penyanyi itu, yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Seksis dan Asmara, menghubungi penulis lirik dan bekas wartawan hiburan Roslen Fadzil dan menjelaskan khabar angin tentang dia dan suaminya, Mahathir Abdullah.
Menurut Malay Mail, Roslen berkata, Anita menafikan khabar angin dia sakit dan menegaskan dia tidak bercerai dengan suaminya.
“Perbualan kami singkat dan saya juga tidak bertanya terlalu banyak kerana ingin menghormati privasi Anita.
“Apa yang saya boleh beritahu anda ialah cerita yang orang cakap tentang Anita seperti dia sakit, mati dan bercerai adalah tidak benar.
“Apabila dia menghubungi saya, dia sedanf bersama suaminya,’ katanya sambil menambah bahawa Anita sedih apabila mendengar khabar angin dia sudah meninggal dunia.
Roslen berkata, walaupun sudah lama tidak berhubung, perbualannya dengan penyanyi berusia 70 tahun itu masih sama seperti dulu.
Peluangnya untuk bercakap dengan Anita berlaku awal bulan ini.
“Suara Anita masih kedengaran sama seperti sebelum ini. Dia ceria seperti yang saya kenali ketika itu.
“Anita tidak lagi menyanyi hari ini dan telah menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti kegemarannya seperti berkebun di rumah”.
Roslen berkata, dia tidak pasti di mana pasangan itu tinggal ketika ini kerana mereka suka melancong.
Anita dan suaminya pergi ke Amerika Syarikat pada tahun 2011 dan dikatakan telah berhijrah.
Mereka telah tinggal di Las Vegas selama dua belas tahun dan masih tidak dapat dikesan oleh media sejak itu.
Baca Juga: Tak mahu anak terleka dengan duniawi, Suhaimi anggap sijil akademik bukan sasaran hidup
Baca Juga: Mufti beri teguran keras, trend jadikan kipas sebagai makmum boleh dianggap murtad