Anjing pun kahwin, kos kenduri mewah Jojo dan Luna cecah RM61,000 yang peliknya…

Dua ekor anjing selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan namun Jojo dan Luna telah pun mengikat tali pertunangan sebelum ini iaitu pada bulan Mei lepas.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Indonesia, lapor Mothership.sg. dan selamat berkahwin, kos kenduri mewah curi tumpuan masyarakat apabila dilapor menelan belanja sehingga 200 juta Rupiah (RM 60,500).
.
Menurut CNBC Indonesia, majlis perkahwinan pasangan anjing baka Alaskan Malamute diadakan di sebuah taman anjing di Pantai Indah Kapuk, Jakarta Utara pada 14 Julai lepas.

Menariknya, pasangan ‘pengantin’ anjing berkenaan turut tampil ‘segak’ dan ‘jelita’ mengenakan busana pengantin. Difahamkan, busana itu direka khas untuk kedua-dua ekor anjing berkenaan yang diinspirasikan daripada majlis perkahwinan masyarakat Jawa.

Lebih unik, seorang jurunikah khas turut dibawa ke majlis itu yang bertindak menyatukan ikatan ‘perkahwinan’ pasangan anjing berkenaan.

Manakala tetamu, yang terdiri daripada rakan-rakan penjaga Jojo dan Luna serta anjing peliharaan masing-masing juga disyaratkan memakai baju bertemakan adat orang Jawa ketika menghadiri majlis tersebut.

Di majlis tersebut, nasi kuning yang tertera nama pengantin turut dihidangkan kepada tetamu. Menurut Mothership.sg lagi, nasi kuning biasanya hanya disediakan untuk majlis-majlis atau upacara tertentu yang istimewa.

Nasi kuning mempunyai simbolik tersendiri iaitu dikatakan mampu membawa tuah dan kekayaan dalam kehidupan.

Dalam pada itu, pemilik Jojo berkata, dia pada awalnya hanya mahu mengadakan majlis secara kecil-kecilan sempena hari jadi Jojo. Bagaimanapun, dia mengubah keputusan itu dan mengadakan majlis perkahwinan mewah untuk Jojo dan pasangannya.

Menyentuh mengenai wang yang dibelanjakan, kos-kos yang dikeluarkan selain untuk busana pengantin termasuklah upah jurusolek, menyewa lokasi majlis dan juga pencahayaan.

Selain itu, kos berkenaan juga meliputi kos penyediaan makanan, buah tangan untuk tetamu dan juga cabutan bertuah.

Malah, pemilik Jojo dan Luna juga menyediakan cenderahati khas kepada petugas-petugas media yang hadir mengadakan liputan majlis perkahwinan tersebut.

Secara keseluruhannya, mereka mengakui modal yang dikeluarkan sebenarnya melebihi 200 juta Rupiah.

Baca juga: Rumah hadiah diri sendiri lagi pun ‘beli hutang je pun, bukan beli cash’-Bonda Rozita miliki rumah agam 7 bilik di London