Anuar Zain berangkat ke Syria untuk misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.
Anuar Zain tampil dengan berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria menarik perhatian netizen.
Dalam hantaran di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.
“Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti,” tulis Anuar.
Menurut Astro Awani, dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.
Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada target sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingg 2 Mei 2022.
Bagaimanapun, Syria care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).
Antara inisiatif tambahan yang dilakukan menerusi OderFood, kaedah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian dengan beberapa pakej dan harga bantuan makanan.
i. RM15.00 untuk set iftar.
Hidangan nasi arab, ayam, kekacang, salad, buah-buahan dan minuman yogurt yang boleh dinikmati 3 orang.
ii. RM150.00 untuk sekotak pek makanan kering.
Bahan makanan asas seperti beras, bijirin gandum, roti, minyak masak, gula, garam, pasta, tepung, kekacang, makanan di dalam tin, keju dan lain-lain mengikut keperluan bagi manfaat sebuah keluarga.
Langkah-langkah untuk membuat sumbangan melalui OderFood adalah seperti berikut:
i. Layari www.oderfood.my
ii. Pilih pakej pesanan anda
▶️ OderFood 15 (set iftar)
▶️ OderFood 150 (pek makanan kering)
iii. Selesaikan bayaran.
iv. Pesanan anda akan dihantar ke Syria.
Baca Juga: Belum sempat jumpa anak Ernie, Anuar Zain hanya mampu tatap gambar cucu saudara
Baca Juga: Mahasiswa perlu tahu tablet percuma bukan milik kekal, kena pulangkan lepas tamat belajar