Anwar geram pembuli siber hanya kena denda RM100, ini arahan terbaru PMX

Rakyat Malaysia hari ini terkeut apabila pembuli siber Shalini Periasmy hanya dokenalan denda RM100 kerana membuli sehingga menyebabkan kematian kepada si mangsa Esha.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa tidak puas hatinya dengan pengadilan ke atas seorang pembuli siber yang menyebabkan mangsa mencabut nyawanya sendiri.

Semalam, Mahkamah memutuskan agar Shalini didenda RM100 atau dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda tersebut. Shalini kemudian bebas daripada sebarang hukuman lain.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dia sudah dihubungi oleh Perdana Menteri yang menyatakan ketidakpuasan hatinya ke atas undang undang jenayah siber yang terlalu longgar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu PDRM dan MCMC mengambil tindakan yang sangat tegas kepada pembuli siber dalam usaha kerajaan mahu menghentikan jenayah buli siber di Malaysia.

Memetik kosmo, Fahmi mengesahkan bahawa pihaknya sedang membuat kajian sebelum mengesyorkan rang undang undang baharu berkaitan dengan buli siber. Namun begitu pihak berkuasa masih boleh bertindak mengikut undang undang yang sedia ada, buat masa ini.

Baca: Suspek bunuh Farah Kartini bukan teman lelaki, rakan dedah suspek sebenar