Ramai perasan ada ‘sesuatu’ yang tak kena dengan susunan potret rasmi di dinding dalam satu foto pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad semalam.
PMX sudah hampir dua tahun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi gambar beliau rupanya tiada terpampang di bangunan kerajaan negeri Terengganu.
Warganet mulai menyedari potret rasmi Perdana Menteri tiada dalam susunan gambar berbingkai yang digantung dalam premis kerajaan ditadbir Pas itu.
Rata-rata menyifatkan pihak kerajaan negeri Terengganu tidak menghormati kedudukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan.
Untuk rekod, potret rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan belum dikeluarkan.
BACA JUGA Rosak pekat dah ‘Type W’, yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan tapi dia boleh pula