Apa apa cerita mengenai Altantuya ‘tutup mulut’-Sirul Azhar pilih hidup di Australia terima RM1 juta

Apa-apa cerita mengenai warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar harus tutup mulut.

Beliau turut merayu untuk meneruskan hidup di Australia dalam masa yang sama beliau mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada sumber tidak dinamakan bertujuan ‘menutup mulut’.

Sirul juga menyatakan adalah bahaya jika dia kembali ke Malaysia dan juga memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan meminta supaya dia diampunkan.

Beliau bercakap melalui wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East, yang disiarkan pagi ini.

Jelas Sirul, dia mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu walaupun sudah disabit kesalahan oleh mahkamah Malaysia.

Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam dan diperangkap dalam permainan politik. dia juga ada membuat beberapa dakwaan yang tidak dapat disahkan terhadap beberapa personaliti individu ternama.

“Saya merayu kepada masyarakat di sini untuk menerima saya. Saya berjanji kepada anak lelaki saya tidak sesekali akan melanggar undang-undang di sini. Saya (akan) patuh segalanya. Saya menyedari adalah sangat tidak selamat untuk kembali ke sana (Malaysia).

“Apa sahaja berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia. Saya berharap masyarakat Australia menerima saya seadanya. Saya bukan orang jahat.

“Saya cintakan Australia jauh di sudut hati, dari jiwa. Berikanlah saya peluang kedua. Satu lagi…saya mahu memohon kemaafan kepada keluarga Altantuya. Tolong maafkan saya.

“Itu sahaja,” katanya kepada saluran televisyen antarabangsa itu dalam wawancara pertama sejak dibebaskan dua minggu lalu dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood, di Sydney.

Baca juga: Beli ikan tongkol kena beringat di ekornya ada bisa resdung, tarik buang bisa dia dulu