Penduduk Putrajaya terutamanya majoriti adalah penjawat awam tetapi rupanya ada banyak masalah yang begitu tinggi.
Trend masalah itu pula melebihi kadar populasi nasional seperti didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Masalah bahkan penyakit itu adalah kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol tinggi dalam darah.
Statistik sama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menunjukkan ada yang ‘tak kena’ dengan sebahagian penduduk Putrajaya.
Menurut Dr Zaliha, kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) adalah yang tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sehubungan itu, kata Dr Zaliha, badan-badan sukan penting sebagai agen untuk membentuk masyarakat yang sihat dan aktif, selain berperanan sebagai pentadbir dan pendorong kepada prestasi atlet.
“Hal ini sebenarnya agak membimbangkan dan perlu ada intervensi daripada semua pihak termasuk peranan proaktif yang perlu dimainkan badan sukan yang kita ada ini,” katanya.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan MADANI kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 2024 hari ini.
Ujarnya, badan sukan ini disarankan untuk menganjur dan menyokong program sukan yang dapat meningkatkan gaya hidup aktif dan penyakit tidak berjangkit bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.
“Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat,” katanya.
Untuk rekod, sejak tahun 2016 lagi, Putrajaya dilapor mencatatkan kadar tertinggi bagi orang yang mengalami berat badan berlebihan dan obes di negara ini.
Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) ketika itu meletakkan Putrajaya sebagai bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi berat badan berlebihan, obesiti dan kegemukan di bahagian abdomen.
Apa yang lebih mengejutkan, menurut NHMS, kakitangan kerajaan dan separa kerajaan mendorong kepada kadar berkenaan apabila kebanyakan mereka mengalami obesiti, dengan 40.3 peratus.
Ini bermakna dua bagi setiap lima penjawat awam di Malaysia mungkin mengalami obesiti.
BACA JUGA Jackpot! Lelaki jadi jutawan ‘express’, terpijak syiling emas berusia lebih 700 tahun di ladang