Tidak ada hubungan diplomatik tetapi tiba-tiba pesawat membawa 12 rakyat Israel dari Dubai mendarat di Malaysia.
Penerbangan dari Dubai ke Singapura yang membawa 12 penumpang daripada Israel melakukan pendaratan luar jangka di Malaysia, pagi semalam.
Memetik laporan Jewish News Syndicate (JNS), pesawat Emirates EK354 terpaksa melakukan penghentian tidak berjadual di Kuala Lumpur susulan “keadaan cuaca buruk”.
“Ketika mendarat di bumi Malaysia, penumpang tidak diarahkan turun dan selepas hampir lima jam menunggu di landasan penerbangan bersambung menuju Singapura,” kata kenyataan Kementerian Luar Israel yang dipetik JNS.
Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Dalam kenyataan, Emirates berkata pihak kesal berhubung ketidakselesaan yang berlaku.
Dalam pada itu, JNS melaporkan pada 29 Ogos, pesawat komersial dari Seychelles ke Tel Aviv, membawa 128 rakyat Israel melakukan pendaratan sama di Jeddah, Arab Saudi, akibat masalah elektrik.
Pengembara bermalam di hotel lapangan terbang di mana mereka dilapor tidak dibenar meninggalkan bilik masing-masing sebelum berlepas menaiki pesawat gantian dan terbang ke Dubai keesokannya.
Israel dan Arab Saudi juga tidak mempunyai hubungan diplomatik.
Baca juga: Beribu-ribu lalat serang majlis perkahwinan, pengantin tanggung malu rupa-rupanya…