Apa maksud ‘Pending laboratory investigation’, ada kaitan dengan mayat Nur Farah Kartini

Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat Nur Farah Kartini.

Namun, buat masa ini ia dikategorikan sebagai ‘pending laboratory investigation’ berikutan ia masih menunggu laporan penuh makmal.

Punca kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris itu masih belum dapat dipastikan.

‘Pending laboratory investigation’ turut bermaksud hasil bedah siasat yang tidak lengkap dan tidak menemui punca kematian dan menunggu hasil laporan makmal.

Berdasarkan siasatan, pakar turut mendakwa mereka tidak dapat mengesahkan kematian Nur Farah Kartini kerana mayat sudah mereput di bahagian muka dan juga dada.

Isnin lalu, akhbar tempatan melaporkan wanita berusia 25 tahun itu dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang dan didakwa mati dibunuh oleh individu dikenalinya.

Baca juga: Rekod Kim Pan Gon sentiasa cemerlang! Ini antara pencapaian bersama Harimau Malaya