Dua anggota polis meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap kira-kira 2 pagi hari ini.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
Dilaporkan, suspek adalah seorang lelaki yang menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.
Suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.
Mangsa yang terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.
Kedua-duanya difahamkan meninggal dunia akibat serangan itu.
Ahmad Azza ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala Syafiq ditembak di bahagian perut dan lengan.
Sementara itu, seorang lagi anggota polis, Mohd Hasif Roslan cedera parah akibat ditembak.
Beliau kini ditempatkan di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI).
Difahamkan, suspek dikenalpasti sebagai Radinromyullah Radin Imran, 34, telah ditembak mati.
BACA JUGA Aznil pula anggap kempen Blockout 2024 keterlaluan, kaitkan dengan syaitan