Apa salah aku sebulan bagi RM8k, isteriku ‘gersang’ ada skandal dengan bos sendiri

Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah dan salah seorang daripada suami atau isteri mula membuat onar maka perkahwinan yang dibina selama ini akan musnah.

Perkahwinan Jarak jauh atau PJJ ini adalah contoh yang ketara apabila salah seorang daripada kita akan berjauhan atas urusan penting seperti pekerjaan.

Baru-baru ini tular di media mengenai kekecewaan seorang suami yang bekerja di Offshore telah dikhianati oleh isterinya kerana mempunyai hubungan sulit dengan bos.

Menerusi satu luahan hati di media sosial, pemuda yang bernasib malang itu bekerja dalam bidang perkapalan sehingga terpaksa berjauhan dengan isterinya.

Dia hanya akan pulang ke rumah sekali sahaja dalam tempoh empat atau lima bulan.

Menurutnya, dia dan isteri telah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun yang lalu.

Namun, disebabkan pekerjaan mereka terpaksa tinggal di kawasan yang berbeza dan sangat jauh.

“Dua hari lepas aku nampak dia hantar video tak berbaju pada bos dia dekat Telegram”

Ketika waktu dia pulang baru-baru ini, dia menyedari sesuatu mengenai isterinya.

Alangkah terkejutnya apabila dia mengetahui bahawa dia terlihat video isterinya yang tidak mengenakan sebarang pakaian.

Video yang dilihatnya itu telah dihantar oleh isterinya kepada bos melalui aplikaisi Telegram.

RM8,000 setiap bulan masih tak cukup?

Tambahan pula, dia juga mendakwa bahawa isterinya juga pernah terlanjur dengan bos itu. Si suami berasa sangat kecewa dan remuk hati apabila mengetahui perkara sebegitu.

Dia tidak menyangka dengan tindakan isterinya yang sanggup menduakan sehingga melakukan perkara yang jijik itu.

Dia juga ada menyatakan pada setiap bulan, dia akan beri duit nafkah perbelanjaan untuk isterinya sebanyak RM8,000.

Masih tidak cukupkah untuk dirinya…?

Penceraian adalah jalan terakhir

Berasa kecewa dengan apa yang terjadi, dia dalam pertimbangan untuk menceraikan isterinya.

Dia juga berasa bingung kerana tidak tahu salah apa yang dia lakukan sehingga diperlakukan sebegini oleh orang yang dia cintai.

Duduk di laut berbulan-bulan pun tiada guna jika isteri mempunyai hubungan rahsia dengan lelaki lain, ujarnya dengan kesal.

Baca juga: Pada mulanya bawa bersiar-siar, berakhir apabila remaja 15 tahun dirogol 2 lelaki Rohingya dalam kereta