Pelakon terkenal Datuk Adi Putra atau pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim mengakui bahawa hala tuju dirinya sebagai hamba Allah lagi penting berbanding angka yang didedahkan.
Beliau yang kini telah memiliki aset kekayaan sehingga mencecah lebih AS$5 juta (RM21.9 juta).
Menurut Adi, segala kesenangan dan kekayaan yang dimiliki itu hanya pinjaman dari Yang Maha Esa. Bagi aktor berumur 41 tahun ini angka itu diberikan oleh orang dan ia boleh jadi lebih dan kurang.
Namun, ia hanya angka, apa yang lebih penting ialah hala tuju kita sebagai hamba.
Apa yang perlu kita lakukan dengan tanggapan ini adalah perspektif secara keseluruhan adalah lumrah. Kalau nak menjawab ya atau tidak, saya tidak boleh kerana saya hanya meminjam daripada-Nya saja.
Jangan gelarkan sebagai jutawan
Dalam pada itu, beliau menolak daripada digelar sebagai jutawan. Pelakon filem KL Gangster ini lebih mengutamakan pembabitannya dalam menyantuni masyarakat dan bergerak di belakang tabir.
Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Saya rasa semua dapat melihat sendiri di media sosial saya.
Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada orang tua saya atas didikan dan mereka yang penyampaikan berita itu.
Sebagai figura awam saya tidak boleh lari daripada pemerhatian orang. Sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya lakukan.
Untuk rekod, Adi menubuhkan syarikat agensi pengurusan umrah dan haji bermula tahun 2013.