Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan satu rang undang-undang pada Rabu yang akan memaksa TikTok untuk memisahkan diri dari pemiliknya yang berpangkalan di China, atau akan diharamkan di negara tersebut.
Perwakilan mengundi dengan 352 menyokong undang-undang yang dicadangkan dan 65 menentang. Ini merupakan momen perpaduan yang jarang terjadi di Washington, terutama dalam suasana politik yang sedang berpecah di negara tersebut.
“Undi dwipartisan hari ini menunjukkan penentangan Kongres terhadap percubaan Komunis China untuk mengintip dan memanipulasi rakyat Amerika, dan menandakan keazaman kami untuk menghalang musuh,” kata Speaker Dewan Rakyat Republikan Mike Johnson selepas pengundian.
“Saya menggesa Senat meluluskan rang undang-undang ini dan menghantarnya kepada Presiden supaya beliau boleh menandatanganinya menjadi undang-undang,” tambahnya.
Presiden Joe Biden akan menandatangani rang undang-undang itu, yang secara rasmi dikenali sebagai Protecting Americans (Melindungi Rakyat Amerika) daripada Foreign Adversary Controlled Applications Act.
“Proses ini adalah rahsia dan rang undang-undang itu (Foreign Adversary Controlled Applications Act) disekat kerana satu sebab: ia adalah larangan,” kata jurucakap TikTok dalam satu kenyataan.
“Kami berharap Senat akan mempertimbangkan fakta, mendengar konstituen mereka, dan menyedari kesannya terhadap ekonomi, tujuh juta perniagaan kecil, dan 170 juta rakyat Amerika yang menggunakan perkhidmatan kami,” tambah jurucakap itu.
Langkah tersebut, yang hanya mendapat momentum dalam beberapa hari lalu, memerlukan syarikat induk TikTok, ByteDance, untuk menjual aplikasi tersebut dalam tempoh 180 hari atau menghadap risiko aplikasi itu dihapuskan daripada kedai aplikasi Apple dan Google di AS.
Baca juga: Lebih 20,000 leka tonton lumba siput sedut, lelaki teruja ramai terhibur ‘content’ suka suka