Ara Johari menjerit kena cabul di belakang pentas, ini yang berlaku rupanya

Penyanyi Ara Johari berdepan dengan kejadian tidak diduga apabila seorang lelaki didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Ia berlaku selepas dia menjayakan sebuah konsert di Nilai,Negeri Sembilan.

Ara mendakwa lelaki terbabit pada mulanya hanya ingin melakukan “fistbum” namun selepas itu dia mencium tangannya sebanyak dua kali.

“Sejujurnya saya masih trauma dengan insiden yang berlaku malam tadi. Saya ingatkan dia (lelaki yang tidak dikenali) nak fist bumps (berlaga tangan) sahaja, jadi saya pun bagilah fist bumps juga.

“Tapi dia terus tarik tangan saya nak salam, selepas itu dia genggam kuat-kuat. Dia cium tangan saya dua kali.

“Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul. Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang tangan saya dengan begitu kuat,” katanya.

Ara juga membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Ara atau pemilik nama penuh, Nurfarrah Izzatie Johari, tindakan untuk membuat laporan polis itu adalah sebagai pengajaran buat mereka di luar sana untuk tidak membuat perkara yang sama kepada orang lain.

“Saya tidak mahu peristiwa yang sama berlaku pada orang lain. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk membuat laporan polis.

“Malah, saya juga risau akan keselamatan diri setelah berdepan dengan adegan mencemaskan itu. Jika tidak dikawal mungkin peristiwa yang lebih teruk lagi, siapa tahu?,” kata Ara.

Sebelum ini tular seorang lelaki ditahan kerana melakukan gangguan seksual kepada seorang penyanyi di Nilai.

Ketika kejadian pada 11 malam itu, suspek dikatakan mendekati mangsa untuk berswafoto namun mencium tangan mangsa berulang kali.

Baca juga: ”Badan isteri makin lama makin besar, belikan barang senam pun dia pandang sebelah mata je”