Tanda pagar kerajaan gagal (#KerajaanGagal) dan tanda pagar pembangkang lemah (#PembangkangLemah) telah menarik perhatian warga maya.
Terbaharu, ciapan dibuat seorang selebriti, Bront Palarae di Twitter miliknya telah menarik perhatian Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Pelakon yang juga pemilik nama penuh Nasrul Suhaimin Saifuddin menerusi ciapan itu berkata, #KerajaanGagal adalah disebabkan #PembangkangLemah.
Bila #KerajaanGagal sebab #PembangkangLemah, pilihan yg ada cuma #KitaJagaKita.
We are merely stats & numbers to them. If u tolerate this, your children will be next.
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) June 30, 2021
“Bila #KerajaanGagal sebab #PembangkangLemah, pilihan yang ada cuma #KitaJagaKita.
“We are merely stats & numbers to them. If u tolerate this, your children will be next,” tulisnya dalam ciapan tersebut pada Rabu.
Pada Khamis, Anwar dalam reaksi balasnya terhadap ciapan pelakon tersebut menyatakan beliau mengambil maklum perkara yang disuarakan itu dengan jaminan akan memastikan ahli-ahli Parlimen pembangkang akan lebih bekerja keras demi rakyat.
“Kami masih bekerja dalam kerangka undang-undang dan Perlembagaan, dan syukur titah Tuanku Agong baru-baru ini telah arahkan Parlimen dan semua jawatankuasa Parlimen bermesyuarat. Selama ini Parlimen ditutup terus.
“Dalam masa yang sama ahli-ahli Parlimen pembangkang bekerja keras saban hari membantu rakyat termasuk mengadakan kutipan derma kerana peruntukan kami tidak sebesar ahli Parlimen blok kerajaan.
“Tapi ini bukan alasan untuk kami tidak berkhidmat, dan kami sangat hargai teguran saudara @Bront_Palarae dalam menghadapi norma baharu hari ini,” katanya.
Kami ambil maklum dan meminta ahli-ahli Parlimen PH bekerja lebih keras untuk bantu rakyat. https://t.co/ovufKDeemQ
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 1, 2021
Bront Palarae antara selebriti tempatan yang dilihat aktif memantau perkembangan situasi politik dengan memberi pandangan dan kritikan melalui ciapan Twitternya dari masa ke masa.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147444/BERITA/Politik/Anwar-balas-teguran-Bront-Palarae-dakwa-pembangkang-lemah