Memetik Astro Awani, Artis veteran tanah air, Rohana Jalil atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun pada jam 11.33 malam sebentar tadi.
“Al-fatihah buat Hajah Dara Jalil (Rohana Jalil) Innalillahiwainailaihirojiun. Baru je malam tadi buat bacaan Yasin dan Tahlil untuk sahabat yang dah pergi juga buat Kak Ana yang sedang berjuang.
“Dapat berita Kak Ana dah dijemput Ilahi. Semoga Allah tempatkan Kak Ana bersama-sama orang yang beriman. Salam takziah buat Abang Jangir, Kira, Kila dan keluarga,” tulis rakan rapat Haiza di Facebook.
Difahamkan, Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Rohana dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Allahyarhamah yang mengalami komplikasi kebocoran usus sebelum ini dilaporkan telah diletakkan di wad pemantauan sejak April lalu.
Dalam pada itu, antara selebriti tanah air yang terkesan dengan pemergian Allahyarhamah termasuklah Noor Neelofa Mohd Noor .
Menerusi ciapan di Twitter, beliau mengucapkan takziah buat Kila Fairy sekeluarga di atas pemergiaan ibu tercinta.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kepada Kila Fairy sekeluarga, di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Rohana Jalil. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,”tulisnya dalam ciapan tersebut.