Lagi tiga bulan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, bagaimanapun kes Covid-19 mencanak naik telah menggusarkan mereka.
Ada yang membuat ‘troll’ kalau kes Covid-19 meningkat ianya petanda raya sudah semakin dekat.
Ramai yang bimbang dengan peningkatan kes ini akan berlaku PKP sekali lagi sehingga membataskan umat Islam menunaikan solat tarawih, mengunjungi pasar ramadan seterusnya solat hari raya serta ziarah hari raya.
Tambahan pula Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes akan terus meningkat kepada 22,000 dalam masa beberapa minggu akan datang, manakala Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula menjangkakan kes harian Covid-19 akan mencecah 15,000 dalam masa terdekat.
Seorang pengguna Facebooknya Mohd Fadhli Salleh mengaku telah penat dengan ‘game’ ini dan berangan pada tahun ini mahu solat tarawih di masjid dan rapatkan saf macam biasa apabila semua sudah lengkap dua dos.
“Sambutan Hari Raya Cina boleh rapat-rapat asal pakai mask. Tu nak masa nak suap still kena buka mask kan?
“Tapi di masjid masih jarak-jarak. Kenapa? Sudah-sudah la bagi alasan “Tak nak jatuhkan fitnah pada masjid. Tak nak ada kluster masjid” dan alasan seumpamanya.
“Majoriti dah lengkap dua dos. Bahkan ramai yang dah booster. Tapi di masjid masih kena jarak-jarak. Di majlis perayaan Chinese New Year seperti ini (gambar), tak payah jarak pula?
“Penat dah solat Jumaat pun luar lagar. Penat dah solat tarawih di rumah.
“Ingat tahun ni ada la sinar nak solat tarawih di masjid. Boleh rapatkan saf macam biasa lepas semua dah full vaksin siap booster,” kata beliau.
Malangnya kata beliau walaupun hampir 99 peratus lengkap dua dos tetapi solat di masjid masih jarak sehingga susah untuk solat Jumaat.
“Tapi hampa. Sampai sekarang masjid kena jarak sampai nak solat Jumaat pun susah. Ni kes dah naik lebih 10k, dan dijangka Mac boleh lebih 22k.
“Macam nak punah harapan balik beraya, punah harapan nak tarawih rapat saf, makan moreh bersama dan rapatkan ukhuwah.
“Penat la macam ni.
“Asal sampai time nak raya, nak puasa, mula menggila.
“Lepas tu suruh sabar, sabar, sabar. Suruh patuh SOP untuk elak kes makin meningkat. Masa time umat Islam nak puasa, nak raya mula ketatkan segalanya. Perayaan kaum lain boleh saja, siap pemimpin join sama.
“Dari dua tahun lepas skrip ulang benda sama. Sampai time kita, selipar luar rumah pun dia kira lagi. Saman sana sini tanpa sedikit belas ihsan konon untuk pengajaran.
“Sabar orang ada hadnya. Sesungguhnya aku penat!” ujarnya lagi.
Kelmarin kes harian Covid-19 mencanak naik kepada 9,117 kes peningkatan yang sangat ketara dan bertambah lagi kes keesokkannya (6 feb) sehingga mencecah 10,089 kes.