Selepas hampir dua bulan memilih untuk berdiam diri, pempengaruh media sosial dan juga model, Marissa Dania Hakim akhirnya membuat penampilan terbuka dengan tampil dalam sesi fotografi bersama suaminya, Aslam, untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
Menerusi video yang kini viral dalam media sosial, anak kepada pelakon Abby Abadi itu tampil dalam pakaian sedondon berwarna hitam bersama Aslam, yang dipercayai turut menjadi model bagi jenama pakaian yang sama untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Paling mencuri perhatian adalah ketika Marissa bertindak membetulkan butang baju milik suaminya yang turut dirakam dalam video tersebut.
Tidak diraikan malahan gandingan Marissa dan Aslam menerima ribuan kecaman, dengan kebanyakan tidak berpuas hati mengapa mereka berdua memilih untuk muncul bersama sebagai model.
Jenama tersebut turut dikecam kerana menggunakan isu kontroversi sebagai marketing untuk mempromosikan baju raya mereka.
“Tergamak jenama ini ambil Marissa dan Aslam? Tiada hati dan perasaan atau rasa simpati terhadap isteri pertama ke?
“Berani ya Marissa buat sesi fotografi dengan Aslam. Hari itu Aslam minta beri ruang tapi muncul dengan Marissa pula.
“Menyesal pula sudah beli baju dengan jenama ini, kecewa sangat,” komen netizen.
Terdahulu, anak dara kepada Abby Abadi dan juga Norman Hakim dikatakan telah berkahwin secara diam-diam di Songhkla, Thailand namun sehingga kini tiada pengesahan dibuat dari mana-mana ahli keluarga mereka.
Baca juga: Nak ‘cucuk’ duit RM83 je, wanita terkejut tiba-tiba baki duit RM4.1 bilion