Aslam, Misya makan semeja, netizen pula pertikai kenapa perlu ada yang ketiga

Seorang wanita yang dikatakan madu Marissa Dania Hakim, juga dikenali sebagai Misya Mazlan menjadi bualan ramai apabila sebuah video viral memaparkan dia bersama suaminya, Ahmad Aslam, makan semeja di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @ladybossrafa_hq, kelibat Ahmad Aslam hanya muncul untuk beberapa ketika sahaja.

“Beri kata-kata semangat buatnya,” tulis pemilik akaun berkenaan dalam ruangan kapsyen.

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang mahukan kepastian andai itu benar-benar lelaki yang dikatakan suami kepada Marissa Dania Hakim.

“Alahai itu Aslam ke? Marissa bukan main lawa.

“Misya pun semakin cantik dan yang rugi hanya Aslam.

“Sesuai sangat dah tapi kenapa nak kena ada yang ketiga,” kata netizen.

Sebelum ini tular desas-desus mengatakan anak perempuan kepada Norman Hakim dan Abby Abadi bernikah secara diam-diam di Songhkla, Thailand namun hingga kini tiada penjelasan diberikan.

Baca juga: Lelaki pecah rekod dunia, bina Menara Eiffel cuma guna batang mancis je!