Bestnya check-in hotel! Benda paling seronok mestilah bila nak tidur atas katil yang empuk bukan?
Pasti sampai je bilik hotel, ramai antara kita yang terus nak melompat atas katil.
Bila siang mungkin kita kurang sedar akan kehadiran pepijat di katil, namun apabila malam menjelma sampai bengkak bengkak kulit kena gigit dek ‘beg bugs’ ni.
Gigitan makhluk ini akan menyebabkan kulit anda menjadi gatal dan merah, dan boleh menjadi serius dengan timbulnya radang yang berpotensi menyebabkan pendarahan dan jangkitan.
Dengan itu, praktikkanlah tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
1) Periksa tilam
Berikan sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sama ada serangga itu bersembunyi di bawah atau dalam jahitan.
Juga, periksalah sarung bantal, kerana ada kemungkinan pepijat bersembunyi di dalamnya. Mengenal pasti pepijat cukup mudah. Biasanya, pepijat berwarna merah karat atau coklat gelap dan memiliki permukaan yang agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Sila perhatikan dengan teliti sekeliling katil, termasuk celahan-celahan di katil, untuk memastikan bahawa tidak ada makhluk ini.
3) Periksa bilik
Selain itu, periksalah juga perabot-perabot, terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet, dan lain-lain.
Setelah menyelesaikan tiga langkah yang disebutkan, anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan lega.
Tetapi jika anda menemui pepijat, sila segera maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk pengurusan pertukaran bilik.
Mungkin nampak seperti sesuatu yang remeh dan meletihkan, terutama jika anda yakin bilik telah dibersihkan oleh kakitangan housekeeping.