Satu-satunya pempengaruh pro Perikatan Nasional (PN) wanita yang popular, Ratu Naga sudah ada yang cadang supaya dipanggil Ratu Penyu.
Dia dalam siaran langsung di TikTok menangis sakan kononnya difitnah. Itu belum lagi Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah betul-betul difitnah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Ratu Naga sudah pun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Nabila Khairudin yang mewakili Ratu Naga.
Beliau berkata, anak guamnya itu ditahan ketika rumahnya diserbu SPRM pagi semalam.
Peguam berkenaan turut menafikan bahawa Ratu Naga hanya dipanggil untuk dirakam keterangan adalah tidak benar.
“Dia dibawa menggunakan kenderaan SPRM ke Putrajaya. Malah, pegawai tidak membenarkan suaminya dan peguam bertemu dengannya,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, Ratu Naga ditahan di rumahnya pada jam 9.30 pagi semalam.
Suaminya Ezad Zainal dilapor berkata, lima pegawai SPRM tiba di rumah mereka di Jalan Klang Lama lalu menggeledah kira-kira 20 minit dan merampas telefon bimbit serta laptop.
Mengulas lanjut Nabila berkata, tindakan tersebut membuktikan bahawa anak guamnya itu ditahan oleh SPRM.
“Bagi SPRM menyatakan ia bukan satu tangkapan adalah mengarut dan bertentangan dengan fakta.
“Sehingga kini (setakat petang semalam) saya masih menunggu di SPRM Putrajaya untuk bertemu anak guam saya dan setakat ini mereka tidak membenarkannya,” katanya.
Untuk rekod, Ratu Naga boleh dianggap sebagai ‘ketua wanita fitnah’.
Tahun lalu, dia dilihat cuba untuk menimbulkan persepsi jahat terhadap Dr Wan Azizah.
Tergamak dia memanipulasi gambar dari Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat, pada 21 September 2023.
Kononnya isteri PMX sokong Israel padahal itu adalah sesi penggambaran isteri-isteri ketua negara yang hadir semasa pembukaan Perhimpunan Agung PBB ke-78 ketika itu.