Ramai yang menularkan penulisan berkenaan dengan kehidupan mereka selepas berkahwin dan juga selepas memasuki keluarga yang baru.
Sama ada pengalaman yang dilalui manis atau pun pahit, ia perlulah ditelan kerana telah berkahwin dengan pasangan dan perlu menerima kekurangan serta bertolak ansur.
Lain cerita dengan wanita ini yang menceritakan bagaimana kehidupannya selepas berkahwin yang kerap sakit apabila tiba di rumah mertua.
Assalamualaikum. Aduh, banyak pula lalu kisah mertua pengotor ye. Rasa migrain juga membacanya. Jadi mari la kita hiburkan sekejap minda dengan cerita yang saya nak kongsikan plak. Mungkin boleh redakan otak pembaca.
Ikutkan boleh juga saya confess tentang keluarga saya yang juga tak berapa pembersih, tapi jangan la pening – pening kepala. Saya cuma nak kongsi tentang keluarga mertua saya yang bukan macam keluarga mertua yang selalu dikongsikan di FB.
Saya kenal dengan suami hanya setahun sebelum kami putvskan untuk bernikah. Sebabkan jarak negeri kami yang jauh, kami terus dengan pernikahan saja tanpa ada majlis risik dan tunang. Keluarga suami juga bukan dari kalangan yang berkemampuan, jadi mereka setuju saja.
Untuk pengetahuan pembaca, saya tak pernah berjumpa dengan keluarga suami apatah lagi berhubung sebab menurut suami, keluarganya bukan jenis yang sporting. Debar jugak mendengarnya. Apalagi dimOmokkan dengan kata orang yang mengatakan kebiasaan mertua dari negeri suami tak sukakan orang luar. Bertambah debarnya.
Lepas kahwin, terus ikut suami balik ke kampung dengan kaum kerabatnya. Hati rasa berbunga sangat sebab dilayan sangat baik dari nenek, ibu saud4ra dan keluarga mertua sendiri. Sebabkan saya jarang berjalan jauh, jadi pertama kali tu macam-macam rasa ada.
Loya, tak sedap perut dan sebagainya. Di perhentian rehat, saya elakkan makan sebab tak sedap perut. Tapi ibu saud4ra suami risau amat, dipesan teh suam dan dicedokkan kuah singgang untuk saya. Dip4ksa makan agar keadaan tak melarat bila masuk angin.
Dihari pertama nikah mak mertua saya dah sapukan minyak di belakang badan saya supaya rasa lebih baik. Tanpa rasa kekok, dilayan sama bak anak sendiri. Hari ini selepas 5 tahun perkahwinan, walau m4kin ramai pertambahan biras, mertua saya tetap layan saya sama, sama rata kesemuanya.
Layanan masih sangat istimewa setiap kali saya balik kampung. Makan saya dijaga sangat baik kerana pernah diser4ng gastrik teruk di rumah mertua. Masa tu, masyaAllah. Mertua sampai bekalkan biskut di dalam bilik untuk saya makan bila lapar.
Disediakan flask air dalam bilik, semata-mata untuk mudahkan saya makan minum dan menjaga kesihatan saya. Jujurnya, saya rasa sangat bersalah setiap kali di rumah mertua. Saya seorang yang mudah s4kit. Silap sikit je, mulalah s4kit kepala.
Silap sikit, tiba-tiba s4kit perut. Tapi mertua sangat-sangat memahami. Tak pernah sekali dirungut atau dikutuk belakang. Dia selalu pesan pada suami untuk beri saya rehat yang cukup. Berpesan pada suami untuk jarakkan kehamilan atas kesihatan saya yang kurang baik.
Dan saya lah yang paling bahagia bila suami ajak balik kampung rumah merua, hehehe. Paling seronok, mak mertua sudi berkongsi cerita dengan saya. Suami pun tak berapa tahu cerita muda mudi mertua. Tapi saya dah boleh w4riskan cerita cinta mertua saya pada anak-anak, hahaha gurau saja.
Bab pembersih tu lagi laa tak perlu dirisaukan. Setiap kali balik kampung, cadar masih berbau pelembut baju. Habuk sekelumit pun tak ada. Berkali-kali saya pesan, saya boleh buat sendiri, tak perlu susahkan diri kemas siapkan semuanya untuk kami. Tapi tetap juga disediakan.
Pernah sekali ajak suami buat k3jutan balik kampung sebab tak nak susahkan mertua kemas bilik. Ehhh waktu sampai tu mertua terus tinggalkan kain yang sedang disidai untuk kemas bilik. Suami senyum simpul aje. Maaflah andai coretan ini menggurls mana-mana pihak yang terasa hati dengan keluarga mertua.
Alhamdulillah rezeki saya dapat keluarga mertua yang sangat-sangat baik. Namun jangan ditanya tentang keluarga sendiri. Setiap kita mempunyai jalan cerita berbeza. Manis di sini, pahit di sana. Tak akan ada cerita sempurna.
Namun usaha lah untuk syukuri sekecil – kecil nikmat Tuhan yang terbentang luas. Letakkan sedikit rasa malu pada Allah sebelum merungut. Saya bukan bercakap besar kerana mertua saya baik. Saya diuji dengan keluarga sendiri, namun dari saya biarkan diri saya s4kit kerana sikap yang tak dapat saya ubah, saya putuskan untuk mensyukuri setiap kebaikan dan rezeki di sekeliling saya.
Dengan itu, segala resah kecil akan mudah untuk saya redhai. Diuji itu pasti, bagaimana keputvsan terakhir dalam ujian itu adalah atas penerimaan kita. Kita bukan nabi, kita manusia yang lemah dan ada sikap putvs asa sifat neutral manusia.
Tapi berbaliklah pada Dia walau hanya s4kit digigit semut. Moga setiap ujian meningkatkan ketaqwaan dan iman. InsyaaAllah… – Anonymous (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Kecoh dakwaan Imam Mahdi muncul tahun 2024, akhirnya Ustaz Azhar Idrus dedah perkara sebenar