Atlet MMA maut semasa bertarung, ditumbuk di bahagian kepala oleh pihak lawan

  • Post author:

Atlet MMA maut semasa bertarung, ditumbuk di bahagian kepala oleh pihak lawan. Kejadian yang berlaku di India itu mengejutkan ramai apabila atlet tersebut rebah selepas ditumbuk di bahagian kepala semasa perlawanan kejuaraan kickboxing yang berlangsung pada Ahad lalu.

Menerusi rakaman ketika kejadian, kelihatan mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Suresh, atlet Mixed Martial Arts (MMA) berusia 23 tahun terus rebah selepas ditumbuk oleh lawannya pada bahagian muka.

Koma 4 hari sebelum meninggal dunia

Susulan daripada itu, pengadil bertindak menamatkan perlawanan dan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia empat hari kemudian akibat kecederaan yang dialaminya. Menurut sumber, ayah mangsa nekad membuat laporan polis dan mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kecuaian pihak penganjur.

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini selain gigih menjejaki penganjur perlawanan, Naveen Ravishankar yang masih ‘hilang’.

Sebagai rekod, Nikhil mula menceburkan diri dalam sukan kickboxing dua tahun lalu dan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kickboxing K-1 peringkat negeri anjuran K-1 Kickboxing Association of Karnataka di India.

Dia juga telah menyertai Kejohanan MMA Terbuka ke-6 di Karnataka selepas beraksi dalam Kejohanan MMA India ke-5 di Madhya Pradesh baru-baru ini.

Baca Juga: Guna sumbangan RM116,736 untuk jalani pembedahan, leher remaja tidak lagi berpusing 90 darjah

Baca Juga: Ismail Sabri dakwa kenyataan berkaitan Makcik Goreng Pisang diputar belit