Pasti semua pernah merasai kasih sayang seorang atuk dan nenek ketika masih kecil bukan?
Ia adalah kerana atuk dan nenek adalah antara individu yang rapat dan mudah didekati kerana mereka menyayangi cucu seperti anak kandung sendiri.
Malahan atuk dan nenek juga memainkan peranan besar dalam pembesaran kanak-kanak kerana mereka lebih berpengalaman dan dapat membantu ibu bapa mengasuh juga mendidik.
Asalamualaikum. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kerana sudi menyiarkan confession aku yang tak seberapa ni. Aku hanya cuma nak berkongsi sedikit tentang kisah hidup aku sebagai seorang anak yang dibesarkan tanpa ibu dan ayah.
Maaf la kalau confession aku ni panjang berjela atau terbelit ke merapu ke apa sebab aku pun taip berdasarkan apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Untuk abang dan kakak aku yang baca dan dapat tau ni dari aku, jangan marah kat group whatsapp eh. Tak pun buat tak tau je lah. Saja je aku nak kongsi pengalaman kat sini.
Aku berasal dari keluarga yang bukan senang. Mak aku kerja kebun sayur, abah aku kerja dekat kilang jahit. Susah senang mak abah aku besarkan 7 beradik, kakak-kakak dan abang – abang aku je yang tahu sebab aku masa tu kecil lagi.
Aku masih ingat lagi mak aku tinggalkan aku masa aku umur 5 tahun. Masa tu aku tak tahu erti kehilangan tu macam mana. Apa yang aku ingat adalah aku, abah, abang dan kakak aku selalu berulang alik ke hospital jenguk mak.
Dan aku rasa tiba-tiba mak meninggal dunia. Tapi malangnya aku tak rasa peritnya kehilangan mak tu macam mana sebab masa tu aku masih kecil. Dan bermula dari situ, aku dengan kakak aku dibesarkan abah. Masa tu aku rasa abah la manusia yang paling aku sayang dekat atas dunia sebab abah besarkan aku dengan penuh kasih sayang.
Sejak mak meninggal, abah rajin bawa aku pergi ziarah kubuur mak selepas habis waktu abah kerja. Aku tahu tu kubuur mak, tapi aku tak dapat rasa apa- apa. Abah pernah menangis depan kubuur mak, aku ikut menangis.
Sebab apa aku menangis, sebab Abah menangis. Aku betul tak tahu nak rasa apa masa tu. Masa aku umur 7 tahun, Abah la yang uruskan persekolahan aku dengan lagi sorang kakak aku. Adik beradik aku yang lain semua dah duduk jauh sebab masing-masing dah kerja.
Setiap pagi abah masak air panas untuk aku mandi. Abah k3jut aku, dukung bawak pergi bilik air. Lepas tu aku siap mandi je aku teriak panggil abah dan abah dukung aku naik atas rumah untuk siap-siap pergi sekolah.
Macam tu la rutin pagi – pagi aku sebelum aku dengan akak aku pergi sekolah. Ada satu hari tu, abah bawa aku ikut dia pergi kerja sebab masa tu tak ada sesiapa nak jaga aku kat rumah. Masa tu umur aku 6 tahun. Kat tempat kerja abah tu ada kontena kosong, abah letak aku kat situ.
Dari situ aku boleh je tengok abah bekerja. Disebabkan abah kerja kat kilang jahit baju, aku masa tu ingatkan abah tukang jahit. Tapi apa yang aku nampak depan mata aku masa tu ialah Abah mencangkung sambil kutip sampah.
Ya, Abah aku kerja tukang kutip sampah dekat kilang jahit. Masa tu aku umur 6 tahun, aku tak fikir apa-apa. Kat sekolah, masa kecik aku pandai sikit. Abah tanya periksa dapat nombor berapa. Aku cakap aku dapat nombor 3.
Masa tu aku suka sangat makan roti pong (roti yang ada kismis kat tengah). Boleh pulak abah tanya kalau nak hadiah, nak dia belikan roti pong atau basikal. Eh mestilah aku nak basikal! Haha tapi malangnya masa tu aku kecik lagi, aku tak tahu macam mana susah payahnya abah aku bekerja nak belikan aku basikal.
Ada satu hari abah belikan aku air kotak milo. Aku pun minum sampai balik rumah. Masa tu aku minum sambil main – main sampai la air milo tu tertumpah atas baju. Baju gambar Digimon warna hijau aku ingat lagi. Abah yang penat baru balik kerja suruh aku bersihkan baju aku yang terkena tumpahan air milo tadi.
Masa tu rumah kami cuma rumah tunggal, yang mana hanya ada ruang tamu je. Tak ada bilik. Kat situ la tempat makan, kat situ la tempat tidur. Bilik air kat luar. Lepas tu aku pun pergi dapur untuk basuh baju yang aku pakai tu. Tiba-tiba abah muncul kat pintu,
“Adik.. kenapa adik basuh baju ni..? Ni kerja abah.. adik naik atas, biar abah basuh baju ni,” Disebabkan masa tu aku baru 7 tahun, aku tak fikir apa dan terus tinggalkan baju kotor tu dan naik atas. Abah yang penat balik kerja tu yang basuh baju kotor aku.
Masa umur aku 8 tahun, ajal abah dah tiba, abah pergi tinggalkan kami adik beradik. Sebab apa, aku tak tahu. Aku ingat lagi masa tu petang, dalam pukul 6.30 macam tu. Abah baru balik dari kedai dan terus pengsan. Lepas tu jiran aku bawa abah naik atas rumah dan abah dalam keadaan separa sedar.
Aku nampak keadaan abah masa tu, muka abah pucat. Abah tak kenal kawan- kawan sekeliling dia. Tapi abah kenal aku dengan kakak aku masa tu. Masa tu aku tak datang dekat abah sebab masa tu aku takut tengok keadaan abah macam tu.
Bila lama-lama, baru aku beranikan diri nak dekat dengan abah. Wasi4t terakhir abah kat aku cuma belajar rajin – rajin dan dengar cakap kakak atau sesiapa saja yang bakal jaga aku selepas tu. Bila dah dewasa, aku kesal.
Kenapa aku tak datang sejurus abah panggil aku masa tu. Kalau aku datang awal, mesti banyak yang abah nak sampaikan dekat aku. Bila abah dah tak ada, baru aku rasa kehilangan. Aku menangis hari-hari terkenangkan abah.
Masa umur aku 8 tahun, ajal abah dah tiba, abah pergi tinggalkan kami adik beradik. Sebab apa, aku tak tahu. Aku ingat lagi masa tu petang, dalam pukul 6.30 macam tu. Abah baru balik dari kedai dan terus pengsan. Lepas tu jiran aku bawa abah naik atas rumah dan abah dalam keadaan separa sedar.
Aku nampak keadaan abah masa tu, muka abah pucat. Abah tak kenal kawan- kawan sekeliling dia. Tapi abah kenal aku dengan kakak aku masa tu. Masa tu aku tak datang dekat abah sebab masa tu aku takut tengok keadaan abah macam tu.
Bila lama-lama, baru aku beranikan diri nak dekat dengan abah. Wasi4t terakhir abah kat aku cuma belajar rajin – rajin dan dengar cakap kakak atau sesiapa saja yang bakal jaga aku selepas tu. Bila dah dewasa, aku kesal.
Kenapa aku tak datang sejurus abah panggil aku masa tu. Kalau aku datang awal, mesti banyak yang abah nak sampaikan dekat aku. Bila abah dah tak ada, baru aku rasa kehilangan. Aku menangis hari-hari terkenangkan abah.
Masa tu umur Angah aku baru 23 tahun dan dia kena jaga 5 orang adik bawah dia. Bila dah besar ni baru aku boleh imagine macam mana payahnya nak handle adik beradik kecik – kecik lagi dengan aku anak bongsu yang kepala batu malas mandi ni.
Sejak aku pindah sekolah masa umur aku 8 tahun, aku memang tak suka sangat nak datang sekolah. Aku rasa kau orang boleh imagine pembelajaran sekolah masa darjah 2 tu macam mana. Sikit-sikit kena lukis gambar family dalam kelas la, buat kad untuk hari ibu la, buat kad untuk hari bapa dan sebagainya.
Dari aku darjah 2 sampailah aku sekolah menengah, aku hantar kad dekat cikgu je. Bila hari ibu aku bagi kad kat cikgu perempuan, bila hari bapa pulak aku bagi kad kat cikgu lelaki. Macam tu lah sampai sekolah menengah bila ada subjek Sivik & Kewarganegaraan, pun aku bagi kad dekat cikgu jugak.
Pernah satu malam tu, aku adik beradik pergi rumah atuk aku. Rumah atuk aku ada pakcik aku dan sepupu aku. Pakcik aku ni jenis yang kalau marah dia suka membebel panjang – panjang. Lepas tu dia kerjanya menyapu sampah je. Asal aku pergi rumah atuk aku mesti dia tengah meyapu.
Ok sambung cerita balik. Entah kenapa satu malam tu dia marah anak dia tiba- tiba dia cakap, “kau jangan jadi macam anak tak ada mak bapak, terbiar tak ada masa depan,” masa tu terasa la jugak walaupun aku kecik lagi.
Tapi nasib baik la adik beradik aku ni bukan kaki g4duh ke apa. Kitorang relax je dengan niat pergi nak tengok atuk, bukan tengok dia. Tapi aku ingat lagi la sampai sekarang benda-benda macam tu. Biasalah, bila kau susah dan berada kat lowest point, tak ada sesiapa nak mengaku sed4ra, nak tolong itu ini.
Kadang-kadang aku berbual dengan orang, bila orang tanya mak ayah kerja apa, aku b4ntai je cakap penoreh getah. Sebenarnya mak abah aku pernah jadi penoreh getah pun. Sebab apa aku cakap macam tu sebab aku bosan bila aku cakap maka ayah aku dah tak ada, mula lah nanti dia tanya macam – macam.
Aku tinggal dengan siapa, makan duit dari mana, adik beradik semua benda lah dia nak tahu. Aku memang betul tak selesa dengan conversation macam ni. Dekat university pun tak ramai yang tahu aku tak ada mak bapak lagi sebab aku tak bercerita pun dekat orang.
Mungkin aku tak suka letakkan diri aku dalam keadaan orang bersimpati dekat aku kot. Sebenarnya aku anggap takda mak bapak tu satu kekurangan dalam diri aku, sebab aku rasa aku tak ada apa yang orang ada. Bila orang tanya tentang mak bapak, aku rasa macam orang mempersoalkan kekurangan aku, that’s why.
Jadi aku ambil sikap tak terlalu open ni sampai la aku masuk university. Ada satu hari tu, mak kawan aku meninggal dunia. Aku pun sebagai kawan aku cuba untuk tenangkan dia. Lepas tu dia boleh cakap aku tak ada mak, jadi aku tak faham rasa s4kit hilang mak tu macam mana.
Dan kawan aku lagi sorang pun mengiyakan yang kawan aku tu cakap. Lepas tu aku terus keluar dari bilik dia. Entah kenapa aku rasa s4kit kehilangan yang aku tak pernah rasa ni tiba-tiba datang menusuk – nusuk dalam hati aku. Aku menangis malam tu. Tapi tak ada siapa tenangkan.
Aku rasa orang-orang yang kehilangan mak bila dia dah dewasa ni lagi beruntung. Sebab apa? Sebab korang dapat membesar dengan ada mak kat sisi korang. Korang puas merasa masakan mak korang dari kecil sampai besar.
Korang merasa mak korang pergi anugerah kecemerlangan / PIBG korang. Dapat selfie, dapat belajar masak. Dan yang paling penting, mak korang dapat tengok korang masuk universiti. Aku? Kosong. Tak ada dalam memori untuk aku kenang sampai aku tua.
Yang ada pun memori dengan Abah. Itu pun sampai aku umur 8 tahun je. Sepanjang aku membesar banyak sangat benda yang aku ‘terp4ksa’ lalui banyak yang aku nampak depan mata siapa yang ada bila aku susah siapa yang hilangkan diri waktu family kitorang susah dulu.
Takde lah nak cakap sekarang dah berjaya sangat, tapi alhamdullilah berkat kesabaran semua dapat naikkan taraf hidup kepada yang lebih baik daripada dulu. Dapat bergelak ketawa dalam rumah tanpa memikirkan masalah kewangan, hala tuju dan lain-lain.
Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang, cuma aku rasa aku akan lebih bahagia kalau mak dan abah pun dapat merasa apa yang kami merasa sekarang. Tapi apa pun aku tetap bersyukur. Abang dan kakak aku la penguat semangat aku hari-hari dari kecik sampai aku besar nak jadi manusia.
Jadi moralnya kalau korang yang ada parents lagi tu hargai la berbakti semana yang boleh. Gunakan masa yang ada ni untuk bahagiakan diri korang dengan parents korang. Lagi satu kalau kau ada sepupu atau sed4ra yang ibubapa dah tak ada, cuba la tolong ringankan beban.
Tanya kalau diorang perlukan apa-apa. Mungkin sebab aku pernah rasa diabaikan dan tak ada sesiapa waktu susah, jadi aku concern sikit pasal orang yang senasib dengan aku ni. Okay tu je aku nak confess semoga jadi iktibar untuk semua orang dan yg paling penting orphan yang senasib dengan aku, jangan pernah patah semangat. Kehilangan bukan pengakhir kehidupan. – Kakak Meow