Atuk tua kantoi lepas nafsu dengan wanita muda dalam tandas awam

Apabila mencapai usia lanjut, seseorang seharusnya mengisi aktiviti mereka dengan hal-hal keagamaan dan tidak hanya terpaku pada urusan duniawi semata-mata.

Walau bagaimanapun, bagi seorang lelaki tua ini, beliau telah tunduk kepada hawa nafsunya sendiri apabila didapati berdua-duaan dalam tandas bersama seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Menurut Suara.com, serbuan terhadap pasangan tersebut menjadi viral selepas sebuah video yang merakam kejadian tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Madura, Indonesia. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki bertopi keledar mengetuk pintu salah satu tandas awam dan cuba membukanya secara paksa. Selepas beberapa kali pintu diketuk, pintu tandas dibuka dan seorang wanita muncul sambil membetulkan pakaian.

Jelas bahawa wanita itu tidak seorang diri; lelaki tua itu juga berada dalam tandas semasa diserbu. Hanya memakai kain pelikat, lelaki tua itu menjadi sasaran kemarahan lelaki yang menyerbu pasangan tersebut.

Rupa-rupanya, pasangan tersebut ketahuan sedang berduaan dengan anak lelaki wanita itu sendiri. Anak lelaki itu tidak menyangka ibunya sanggup terlibat dalam hubungan terlarang bersama lelaki tua tersebut.

baca: “Family mertua asyik mintak duit je kat suami, last lastnya nafkah aku jugak yang kelaut”