Abang gulung popia yang meniaga ditepi jalan kini menjadi viral di TikTok kerana menjadi kegilaan anak gadis hari ini.
Namun sedarkah anda pada kebiasaannya, sesebuah gerai atau kedai itu akan mempunyai ramai pelanggan jika makanan yang dijual itu sedap.
Bagaimanapun berbeza pada hari ini kerana tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang abang popia berniaga telah mencuri tumpuan.
Abang sibuk gulung popia, tapi ramai pula tak fokus dekat popia
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berniaga menjual popia di tepi jalan dekat Taman Putra Ampang.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah wajah kacak lelaki berkenaan yang telah membuat ramai ‘tidak keruan’ melihatnya. Ramai tidak fokus dengan popia malah fokus dekat abang itu.
“Auto sedap kalau yang jual popianya pun helok handsome” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 50K tontonan, 4K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Baca juga: Makcik kedai tak puas hati lapor pejabat agama, akhirnya kantoi mereka berdua dah kahwin