Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilaporkan sedang memerhati kandungan media sosial melibatkan GISBH termasuk video lagu mereka yang diviralkan kembali lalu dijadikan video parodi.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengatakan pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya ada menerima laporan.
Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi). Pada masa sama kita meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.
Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan.
Kesimpulannya, ramai yang menggunkakan video nyanyian ahli kumpulan tersebut sebagai konten di platform media sosial.