Awas kereta merah burung lebih gemar melepaskan hajat, tahi burung ada bakteria berbahaya

Kereta merupakan antara tempat kegemaran burung untuk melepaskan hajatnya terutama sekali kereta warna merah lebih kerap ‘bermandikan’ najis burung, mungkin disebabkan warnanya yang menarik perhatian.

Ramai tak tahu betapa bahayanya najis burung, ini bakteria yang ada dalam najis burung

Selain itu, haiwan tersebut lebih memilih untuk membuah air besar, sama ada di bahagian hud kereta ataupun bumbung kereta.

Namun, tidak kira apa jenis jenama atau warna model kereta sekali pun, najis burung sebenarnya mungkin boleh merosakkan cat pada kenderaan anda.

Salah satu masalahnya adalah najis burung merupakan campuran antara air kencing dan tahi. Haiwan unggas ini akan membuang bahan buangan menerusi sistem usus yang memiliki pelbagai fungsi dan organ pembiakan yang dikenali sebagai kloaka.

Melalui bahagian ini, sisa buangan burung yang bercampur tahi dan air kencing serta tinggi kandungan asid dilepaskan dari udara dan boleh singgah dimana-mama sahaja.

Apabila najis haiwan ini ‘mendarat’ di atas permukaan kereta anda serta dibiarkan begitu sahaja, najis tersebut bakal menjejaskan lapisan lilin dan cat pada kereta.

Bahan buangan dari haiwan tersebut akan menghasilkan kesan hakisan yang memiliki kedalaman kira-kira ketebalan sekeping kertas.

Lebih teruk, hari yang panas bakal memburukkan lagi kenderaan anda. Ini disebabkan, cahaya matahari akan meyebabkan cat kenderaan anda akan mengembang, serta lebih terdedah terhadap sifat najis burung yang berasid.

Boleh jadi, najis burung terus meninggalkan kesan kekal terhadap badan kereta anda dalam masa beberapa minit sahaja.

Bagaimana cara untuk atasi masalah ini?

Salah satu caranya adalah pencegahan. Menyimpan kereta di dalam garaj adalah langkah yang terbaik.

Anda juga boleh meletakkan lapisan wax pada badan kereta anda, yang mana dapat memperlahankan masa hakisan najis burung untuk sampai ke lapisan cat dan membenarkan pengguna untuk sempat membersihkan bahagian tersebut.

Jika burung tersebut sudahpun meledakkan kejutan najisnya pada kenderaan anda, cepat-cepat bersihkan bahagian tersebut dengan menggunakan kain mikrofiber dengan detailing spray.

Elakkan menggunakan span dan tuala, kerana ia terlalu kasar untuk permukaan kereta. Malah, semburan air dari paip taman pun boleh menghilangkan kesan najis burung dengan baik.

Jika najis burung berada pada bahagian cermin tingkap di hadapan kereta, jangan gunakan wiper secara terus. Najis bersebut akan berselerak bersama beberapa bendasing di dalam najis tersebut.

Perkara ini berkemungkinan dapat mencalarkan tingkap kereta anda. Gunakan kaedah yang sama seperti di atas bagi membersihkan najis burung pada bahagian ini.

Baca juga: Lampu isyarat tak bertukar hijau walaupun sudah sampai giliran anda. Kenapa ya? Juruteknik ini ada jawapannya