Kereta Perodua iaitu Axia Rahmah merupakan kereta yang paling basic tapi mampu untuk bawa korang dari satu tempat ke satu tempat dengan harga hanya RM22,000
Kereta ini juga datang dengan tiga pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver serta Granite Grey.
Ini model terbaru Axia 2023 yang bermula pada harga RM38,600, semalam Axia telah membuat kejutan dengan mengumumkan kereta paling murah di Malaysia!
Orang mampu untuk beli kereta dan sekarang ni lebih-lebih lagi untuk orang yang duduk di Lembah Klang, kereta merupakan satu keperluan lagi-lagi untuk yang dah berkeluarga.
Tapi sebelum korang buat keputusan, jom tengok dulu beberapa benda yang korang kena tahu tentang Perodua Axia E 2023 ni!
1.Lagi murah dari model sebelum ni
Axia E 2023 terbaru ini berharga RM22,000 tanpa insurans dan harganya RM2,090 lagi murah dari Axia E 2019 yang berharga (RM24,090) dan RM16,600 lebih murah dari model Axia terbaru 2023 yang paling murah iaitu RM38,600.
Produk terbaru dari Perodua ini disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan ia juga seiring dengan objektif asal Axia E iaitu menyediakan kenderaan mampu milik dan berkualiti untuk rakyat Malaysia.
Menurut CEO Dato Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua Axia E telah pun diuji terbukti di pasaran selama ini dan mereka percaya Axia E 2023 ini mampu memberikan perkhidmatan kepada pemilik motosikal untuk mempunyai kereta baru.
Malah harga bulanan yang perlu dibayar juga adalah serendah RM300 lebih kurang sama dengan kos seseorang untuk membeli motosikal baru.
2.Axia 2019 dengan bampar 2017
Dari segi bentuk rekaan pula, Axia E 2023 ini mempunyai bentuk yang sama seperti Axia E 2019 cuma bampar kereta ini menggunakan model lama dari tahun 2017.
Di bawah hud, ia masih menggunakan enjin 1.0 liter 3-silinder 1KR-VE DOHC 12V VVT-i sama yang dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Enjinnya menghasilkan kuasa 50kW (67hp) dan tork 91Nm. Axia E ini mempunyai tangki bahan api 33 liter dan berat kerb 825kg menjadikan kecekapan bahan apinya dalam kadar 22.5km per liter.
3. Satu-satunya kereta Perodua dengan transmisi manual
Selepas memperkenalkan D-CVT penuh sebagai piawaian untuk Myvi 2022 dan all-new Axia 2023, Axia E baru ini dikeluarkan dengan transmisi manual. Selain menjadi kereta termurah di Malaysia, Axia E ini juga sangat sesuai digunakan untuk sekolah memandu.
4. Ciri keselamatan 4 bintang ASEAN NCAP
Sebagai kereta yang sangat basic, beberapa ciri keselamatan yang boleh didapati pada Perodua Axia 1.0G tak diberikan pada Axia E ini. Apa yang korang akan dapat hanyalah dua beg udara dan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.
Ciri-ciri keselamatan lain seperti Sistem Brek Antikunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) atau Kawalan Traksi (TC) tidak disediakan.
Pun begitu, Axia E ini masih berjaya mendapat penilaian 4 bintang ASEAN NCAP dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
5.Kereta ni sangat-sangat-sangat basic
Selain tak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang disebut dekat atas, Axia E 2023 ini juga tak mempunyai penguncian pusat, kunci alat kawalan jauh dan alarm.
Bukan tu je, kereta ni juga tak ada disediakan radio atau speaker termasuk tikar karpet. Tapi sekurang-kurangnya kereta ni ada penghawa dingin, stereng kuasa elektrik dan power window. Selain itu, untuk kereta harga seperti ini, Perodua juga tidak menyediakan sports rim dan hanya gunakan rim besi berukuran 14 inci.
Seperti disebutkan tadi, kereta ni memang sangat sesuai untuk orang yang betul-betul memerlukan kereta dan min percaya ia dapat membantu banyak orang.
Baca juga: Isteri MK rupanya anak tiri pelakon terkenal, ramai terkejut bila tahu