“Ayah hibahkan rumah untuk mak, abang mengamuk siapkan peguam untuk lawan di mahkamah”

Pelbagai kisah dapat kita baca tentang harta. Ia juga satu topik panas yang boleh melibatkan pergaduhan dan pertegangan di antara ahli keluarga.

Ramai juga anak yang sering bergaduh tentang harta dengan kedua ibu bapanya. Yang lebih menghairankan, ia adalah hasil titik peluh kedua ibu bapa namun kenapa ia direbutkan oleh anak anak?

Kisah yang bakal dibaca ini mengisahkan si anak yang kerap meminjam duit namun tidak pernah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya. Konflik berterusan apabila si bapa berhasrat menghibahkan rumah banglo kepada ibunya namun ditentang habis habisan oleh si anak.

Pelbagai kisah dapat kita baca tentang harta. Ia juga satu topik panas yang boleh melibatkan pergaduhan dan pertegangan di antara ahli keluarga.

Ramai juga anak yang sering bergaduh tentang harta dengan kedua ibu bapanya. Yang lebih menghairankan, ia adalah hasil titik peluh kedua ibu bapa namun kenapa ia direbutkan oleh anak anak?

Kisah yang bakal dibaca ini mengisahkan si anak yang kerap meminjam duit namun tidak pernah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya. Konflik berterusan apabila si bapa berhasrat menghibahkan rumah banglo kepada ibunya namun ditentang habis habisan oleh si anak.

#Foto sekadar hiasan. Salam, terima kasih kalau siarkan confession ni. Sebenarnya nak tulis sejak raya hari tu tapi busy dengan kerja lain, hari ni baru sempat nak menaip. Nama aku Nini, baru berusia 32 tahun. Muda lagi tu, aku selalu perasan yang diri aku muda tak salah kan.

Confession aku bukanlah pasal suami idaman ke apa cuma aku terfikir kenapa jodoh aku tak sampai – sampai. Kesimpulan aku ialah mak bapak aku. Jodoh aku tak sampai – sampai mungkin sebab mak bapak aku. Macam serious je bunyinya kan, tapi aku rasa itulah antara salah satu punca utama.

Aku ni anak bongsu dari 8 orang adik beradik. Aku sorang je yang masih single, yang lain dah beranak – pinak dah semua. Semua berkerja dan merantau serata Malaysia, cuma aku je kerja yang paling dekat dengan kampung. Dekat pon takda lah dekat sangat, kalau nak balik kampung tu dalam 2 jam setengah lah jugak.

Aku akan balik kampung sebulan sekali lepas gaji sebab boleh lah hulur sikit-sikit kat mak bapak aku. Kerja aku ni kerja-kerja biasa je, gaji pon kurang dari RM2k, belum ada rezeki nak dapat kerja gaji tinggi agaknya. Tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah tak cukup makan, aku mampu bagi mak bapak aku duit setiap bulan, dan aku pon dah berjaya beli rumah sendiri hujung tahun lepas.

Kalau nak cerita pasal adik beradik aku ni, rasa macam buka pekung di d4da pulak. Tapi takpa lah kot sebab aku bukan bagi nama sebenar dan mungkin orang tak kenal pon. Adik beradik aku balik kampung setahun sekali je. Ye diorang balik waktu hari raya je.

Aku ada 2 orang abang, mereka berdua je yang balik ikut giliran dan yang perempuan semua TAK PERNAH balik beraya raya pertama sejak kawin. Yang perempuan semua akan balik raya ke-2 atau seminggu lepas raya. Itu pon tidur satu malam je lepas tu terus balik.

Dan aku rasa dah berbelas tahun kot mak bapak aku tak pernah jumpa menantu – menantu lelaki diorang sebab menantu – menantu diorang ni tak pernah ikut bini – bini diorang balik kampung. Tu menantu ke h4ntu aku pon tak tahu.

Mak bapak aku malas nak bising – bising sebab tu hal rumah tangga diorang, asalkan diorang bahagia. Mak bapak aku ni jenis “takpa lah takpa lah”, jenis malas nak bising – bising tapi makan dalam. Dulu mak aku tak ada bercakap pon pasal hal-hal ni tapi sejak dah tua – tua ni banyak pulak sesi luahan hati kat anak bongsu dia ni.

Aku pon dengar je lah. Ala kalau dia tak cakap pon aku sendiri boleh nampak dan faham kot. Anak-anak semua berjaya tapi menghulurnya tiada. Bukan penting sangat duit tu tapi tanda ingatan tu yang penting. Telefon pon jarang, kalau ada hal penting baru telefon.

Kalau bab-bab nak pinjam duit rajin pulak telefon. Kalau tak menghulur tu takpa jugak tapi ni siap meminjam. Abang aku sorang ni ada pinjam RM20k kat mak aku 8 tahun lepas tapi sampai sekarang tak bayar – bayar. Mak aku telefon nak tanya khabar dia mesti tak jawab, dia ingat mak aku nak mintak hutang agaknya.

Musim pilihanraya hari tu abang – abang aku ni rajin berkempen. Berpolitik tu bagi aku boleh tapi tak payah lah sampai menggur1s hati orang tua. Orang tua ni kalau dah sokong satu pihak ni dari perpuluh tahun dulu, tak payah lah korang nak berkempen habis-habisan.

Sampainya hati diorang kata mak bapak diorang bodoh. Aku tak suka politik, aku tak balik mengundi pon sebab semua ahli politik ni sama je tak boleh percaya. Mungkin tak berkat sebab kecilkan hati mak bapak, sorang abang aku ni kena buang kerja sebelum raya hari tu.

Semua tak tahu pon, tapi dia sendiri yang termeletup dalam ins1den satu hari sebelum raya. Insidennya ialah abang aku ni patutnya balik kampung isteri dia tahun ni tapi tiba-tiba muncul pulak sehari sebelum raya. Mak aku tak sihat dan tak boleh buat kerja berat dah lama dah, jadi memang aku jelah yang buat kerja sorang-sorang non-stop.

Mak aku tanya lah kenapa balik sebab mak aku memang tak buat persediaan apa-apa just sikit-sikit je untuk 3 beranak. Dia jawab takkan balik pon salah. Aku tak pernah tengok mak aku meletup macam ni sebelum ni. Mak aku cakap memang tak salah tapi cuba lah bagitahu awal-awal, boleh lah perlahan- lahan sediakan apa yang mampu.

Tengok adik kau tu kesian buat kerja sorang-sorang tak berhenti dari semalam (aku balik 2 hari sebelum raya). Bini dengan anak-anak kau bukan reti nak buat kerja, sampai je terus terk4ngkang depan tv. Pergh terk3jut aku dengar.

Ye memang diorang tak pernah tolong buat apa-apa pon selama ni. Memang aku dan mak aku je yang buat semua. Tahun-tahun yang lepas mak aku masih larat lagi nak buat kerja sikit-sikit, cuma tahun ni dia tak berdaya sangat.

Abang aku pon meletup lah, dia cakap dia tengah susah takda kerja siapa pon tak tahu. Aku dengar je sambil mop lantai, dalam hati aku dulu bukan ke kata kalau pihak tu menang hidup akan senang. Dia bertekak dengan mak aku lepas tu terus start kereta dan blah ntah ke mana.

Tinggal lah wife dan anak-anak dia yang masih tak reti nak mencari kerja. Anak – anak dia dah bujang dan anak d4ra kot bukan budak kecik. Yang anak d4ra tu dah tingkatan 3 kalau nak minum pon suruh maknya buat. Facepalm lah ini punya keluarga.

Dah kecoh – kecoh tu, bapak aku pulak yang akhirnya pegi sapu dan bakar sampah keliling rumah. Bapak aku dah umur 80 lebih kot! Eloklah tu, anak blah ntah kemana, bapak yang buat kerja. Kira kecoh lah sehari sebelum raya tahun ni.

Hari raya kan, semua bermaaf – maafan di pagi raya. Jadi raya pertama dan kedua tenang – tenang saja. Masuk raya ke-3, baliklah kakak-kakak aku dan anak-anak mereka. Bertambah sengs4ra lah hidup aku sebab diorang ni pon jenis tak reti nak buat kerja.

Mungkin salah mak aku jugak sebab dulu-dulu memang dia tak pernah suruh kakak-kakak aku ni tolong. Tapi masing-masing ada otak kot! Dulu mak kau ni sihat, sekarang dah tak larat. Oh takpa, ada adik bongsu merangkap maid boleh buat semua kerja.

Dah berkumpul semua, bapak aku ada announcement penting tahun ni. Aku dah tahu lama dah sebab aku sorang je yang balik kampung kan setiap bulan. Ayah aku cakap umur dia dah 80 tahun lebih, jadi dia dah jumpa peguam dan buat hibah apa yang perlu.

Yelah nanti kalau meningg4l senang sikit urusan. Dia hibahkan rumah dan tapak rumah kepada mak aku (fyi rumah banglo tu bina guna duit mak aku 80%). Mak aku dulu ada meniaga makanan, jadi dia ada banyak menyimpan tapi dah habiskan duit tu untuk buat rumah tu.

Tiba-tiba abang aku boleh cakap, peguam boleh lawan peguam. Dia boleh upah

peguam untuk lawan peguam bapak aku, wtf bro! Bapak aku terdiam, tak sangka

anak dia boleh cakap macam tu. Lepas tu abang aku boleh pulak kemas – kemas

barang terus blah.

Bapak aku ni jenis tak banyak cakap, tapi haritu memang dia cakap semuanya dari A to Z. Cakap tentang pengorbanan mak aku dari baru kahwin sampai sekarang, cakap pasal kakak-kakak aku yang tak sedar diri. Tetiba aku jadi heroin, aku rasa aku bukan lah baik mana pon tapi dia cakap aku sorang jelah yang boleh harap, yang rajin balik kampung.

Setiap kali balik kampung akan sapu sampah, kemas rumah semua sebab mak dah tak larat nak buat kerja. Aku sorang jelah yang menghulur setiap bulan. Baj abah, baju mak, adik kau ni yang beli. Tu kuih raya adik kau jugak yang beli.

Dah lah tak berjasa, sanggup korang nak halau mak korang? Terdetik dihati aku masa tu mungkin inilah sebab kenapa jodoh aku tak sampai – sampai. Mungkin tugas aku untuk menjaga mak bapak aku masih belum selesai.

Kalau bukan aku, siapa lagi? Allah dah tetapkan untuk aku jaga mak bapak aku selagi hayat masih ada. Takpa lah, kalau adik beradik aku sanggup nak halau mak diorang, aku masih ada untuk jaga dia. Korang nak berebut harta yang tak seberapa tu korang rebut lah.

Aku dah ada rumah sendiri walaupon hanya rumah kecik je. Selagi hayat aku masih ada, insyaallah aku akan berbakti pada mak bapak aku. – Nini

Baca juga: “Tiap hari makan telur kicap dan sardin”, tak sangka ini yang berlaku pada Salih Yakob sekarang