Tanggungjawab seorang ayah bukanlah suatu perkara yang remeh yang boleh dipandang ringan. Seorang ayah wajib menyediakan keperluan buat si anak dari kecil sehingga mereka berkahwin. Namun, ada yang mengambil kesempatan untuk lepas tangan apabila anak-anak sudah dewasa meskipun anak-anak masih sedang belajar. Ikuti kisah ini.
Semenjak mak aku meninggaI dulu, aku membesar dengan makcik. Sampai la satu masa ayah aku datang balik, ambik kami dua beradik duduk dengan dia. Aku dengan kakak aku duduk dengan ayah semenjak dari tu.
Lepastu kakak aku pula kahwin. Di situ la permulaan betapa porak perandanya hidup aku. Dua tahun lepas, ayah aku kahwin lagi. Kahwin dengan seorang janda, anak 4. Anak-anak dia semua dah besar. Aku tak duduk sekali dengan mak tiri dan adik beradik tiri yang lain, sebab bapak aku malu, dia tak mampu tanggung mereka.
Yang aku pelik, kenapa mak tiri aku setuju untuk kahwin, kalau dia tau ayah aku tak mampu? Adik beradik tiri aku sangat pemalas. Bila aku ziarah ke sana, rumah sentiasa bersepah. Ada pinggan dalam sinki, biar berhari pun, macam tu je tak bersentuh.
Bercakap dengan orang tak ada filter, mulut lepas tanpa fikir perasaan orang lain, dan berharap orang lain adapt dengan perangai mereka. Mak tiri aku pula, depan ayah baik, belakang ayah, keluar colour sebenar. Aku terkejut sebab rupanya bahasa dia bercakap sangat lah kasar.
Depan ayah, dia tanya aku dah makan belum, sihat ke. Belakang ayah, dia buat aku macam tak wujud. Sakit sedih aku semua dia tak ambik tahu. Lagi teruk, dia pun pemalas. Bila datang rumah ni, lepas masak (untuk diri sendiri), kuali pinggan biar je dalam singki mengharapkan ada orang lain yang cuci.
Ayah asyik berhenti kerja. Aku pun tak faham apa masalahnya. Mak tiri aku kerja dan ada duit sendiri. Umur aku dah 22, tapi masih hidup pindah randah disebabkan ayah aku tak mampu bayar duit sewa rumah. Ayah jual kereta yang kami selalu pakai.
Dan duit hasil jualan tu habis sekelip mata, untuk beli superbike. Dan sekarang aku takde kenderaan nak pergi mana-mana. Ayah aku kuat lepak. Kadang-kadang maghrib pun masih kat kedai. Pelik takde duit tapi selalu lepak?
Sebab dia selalu mintak kawan dia ‘payung’. Malu sangat aku bila dengar dia minta-minta macam tu. Disebabkan kakak dah kahwin, aku duduk berdua je dengan ayah. Aku kena tinggal kat rumah sorang-sorang, dari pagi sampai lah malam.
Bila ayah aku balik, dia tau lauk dan nasi dah masak. Makan nak kena berhidang dalam dulang, siap mangkuk air basuh tangan dan lap tangan. Dia cuma tinggal makan. Pinggan mangkuk jangan harap dia cuci. Yang dia tahu kalau lauk habis dia beli. Kalau takde duit, takde lah lauk.
Dengan masih degree, odl, urus rumah, kemas rumah, masak. Aku tak kuat hadap sorang-sorang. Duit belanja aku se sen pun dia tak pernah bagi. Kalau suri rumah, biasa suami akan bagi nafkah dan duit untuk belanja dapur. Aku?
Kadang-kadang nangis sebab teringin nak makan coklat je, tapi se sen pun duit takde. Kenapa tak kerja? Sebab aku takde transport, sini agak pedalaman dan grab memang tak wujud. Food panda pun tak boleh cover area aku.
Lagi perit, aku tak pernah keluar hang out dengan kawan-kawan, even puas diorang ajak, sebab aku takde duit. Jujur aku kata, aku tak ada duit, langsung. Tapi aku terpaksa tipu, aku kata ayah aku tak bagi. Aku dah mati rasa.
Aku penat tapi aku tak tau nak cerita kat siapa. Kakak aku kahwin pun semata nak lepas dari perangai ayah. Sekarang beban atas bahu aku. Hari-hari nangis. Bangun pagi, buat kerja rumah, tapi tak ada semangat. Dah siap aku akan termenung.
Bila petang, aku akan pandang langit, aku fikir, kenapa Allah uji hidup aku sampai macam ni sekali. Bila masuk waktu malam, air mata aku mengalir. Lagi deras dia mengalir bila aku teringat, punca kematian mak aku dulu pun sebab hypertension disebabkan perangai ayah aku.
Mungkin pengakhiran hidup aku pun akan macam tu. Apa aku boleh buat sekarang, aku cuma mampu kumpul bekalan akhirat. Perit aku dibantai dunia, aku cuma harap aku boleh rehat di syurga abadi milik Allah. – Dira (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Terkini! Lelaki ini kongsi letak handphone atas paha semasa memandu boleh dikenakan saman