Seorang bapa seharusnya menjadi pelindung buat anak perempuan bahkan menjadi cinta pertama buat sang anak.
Namun lain jadinya apabila seorang bapa kejam di Johor menjadikan dua anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak tujuh tahun yang lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, kedua anaknya mula ditiduri sejak berumur 9 tahun. Dengan umur yang masih kecil lagi menyebabkan mereka takut untuk membongkarkan perbuatan jijik bapa terhadap mereka.
Sejak 2017, rumah kediaman mereka yang terletak di daerah Muar ini menjadi saksi perbuatan kotor ayah mereka.
Si adik kini berusia 12 tahun manakala kakak berumur 15 tahun. Perbuatan ayahnya kini sehingga menghamilkan anaknya yang masih bersekolah.
Tanpa mengetahui apa-apa, si kakak mendapati dadanya terasa perit dan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
Doktor yang merawat mendapati si kakak berbadan dua tanpa disedarinya dan laporan polis telah dibuat.
Si bapa kini dalam tahanan polis dan sedang dijalankan siasatan. Sekiranya bersalah, lelaki berumur 53 tahun itu akan dikenakan sebatan 10 kali dan penjara 30 tahun.
Baca juga: Bahagia selepas cerai, netizen tidak puas hati Puteri Sarah tak hormati tempoh idah