Sudah menjadi asam garam rumah tangga jika pasangan bergaduh namun, jika tidak pernah dilayani dengan baik malah dilakukan seperti hamba memang menyedihkan. Seorang anak telah berkongsi kisah ibunya yang tidak pernah dilayan seperti seorang isteri oleh si ayah.
Maaf topik kali ini hanyalah pandangan peribadi saya. Maaf jika tak setuju. Tapi bagi saya, ramai wanita yang terdesak nak kahwin sampaikan terima sahaja lelaki. Asal boleh, sampai terpaksa pejam mata dengan beberapa perkara yang dah tunjuk sign red flags semata-mata sebab takut jadi anak dara tua. Saya melihat perkahwinan umi saya sendiri. Umi berkahwin dengan walid bukan atas dasar cinta. Tapi dicantum keluarga. Umi terima walid kerana dari luarannya, walid nampak ‘alim dan warak’.
Keluarga walid juga nampak senang dan berada. Walid juga nak kahwin dengan umi kerana pilihan keluarga. Katanya usia walid dah tua, jadi kena kahwin cepat. Maka kahwinlah umi dan walid tanpa rasa cinta walau sekelumit pun. Konon nak bercinta lepas kahwin. Persepsi ramai orang, bercinta lepas nikah lebih indah. Ya indah untuk permulaan.
Dari rasa malu-malu akhirnya terjatuh cinta. Tetapi lama kelamaan, barulah nampak karakter sebenar walid. Umi sebenarnya banyak makan hati lepas nikah dengan walid. Walid seorang yang tegas. Kalau dia cakap A, umi wajib ikut. Katanya selagi walid tak suruh buat benda maksiat, seorang isteri wajib taat suami. Umi ni anak manja. Cukup kasih sayang dari parents. Tiba-tiba lepas kahwin, kena control dengan suami. Umi pulak cantik orangnya.
Sampaikan umi masa berjemur baju bersembang dengan jiran pun walid tak bagi. Padahal sembang biasa saja, nak beramah mesra cakna dengan jiran. Tapi walid cepat cemburu. Umi kerja pun walid suruh berhenti. Walid cakap walid masih mampu sara umi dan anak-anak. Umi ni punyalah susah payah nak dapat kerja, sekali walid suruh resign, umi memang tak setuju tapi walid kan tegas, nanti walid cakap umi derhaka pada suami pulak. Umi pun berhenti kerja. Lepas dah resign tu lah walid bawa kami sekeluarga pergi duduk rumah nenek pulak.
Yelah nenek duduk sorang. Walid ni bagus memang sangat sayangkan maknya. Yelah syurga anak lelaki kan bawah tapak kaki ibu. Jadi umi pun terpaksa la berkhidmat untuk nenek sekali. Dah duduk menumpang rumah nenek, kenalah jaga hati nenek, basuh baju nenek, masak untuk nenek. Nenek ni depan walid memang macam ibu terpaling mithali lah. Lemah lembut bercakap depan anak cucu. Walid pun sentiasa anggap ibunya lemah lembut sopan santun. Tapi belakang walid, nenek suka menyakitkan hati umi.
Nenek selalu cakap umi masak tak sedap. Umi selekeh baju pun buruk. Nenek macam pandang rendah pada umi sebab umi tak bekerja. Tak macam menantu dia yang lain, semuanya kerja. Bila umi mengadu pada walid, walid tak percaya. Walid cakap umi saja yang fikir negatif. Umi saja yang overthinking. Padahal saya sebagai cucu memang nampak jelas betapa fakenya nenek terhadap umi dan menantu lain. Tapi kalau depan walid, kemain elok nenek layan umi.
Tapi lepas saja walid gi kerja, fuhhh mulut nenek ada saja mengomel pasal umi. Ada saja benda tak kena. Nenek ni tak padan dengan tudung labuh. Tak padan dengan rajin baca quran. Tapi mulut. Suka buat umi menangis. Memang nenek ni betul-betul pandai berlakon. Walid pulak, memang langsung tak bagi umi keluar rumah. Umi terus jadi anti sosiaI lepas kahwin dengan walid. Umi ni langsung takde can nak lepak dengan kawan-kawan, nak join reunion, nak pergi jalan-jalan ke. Memang takde.
Sebab umi dah kena kongkong dengan walid. Yelah bak kata walid, wanita ni fitnah dunia. Selangkah saja keluar rumah, terus boleh mengundang bahaya. Ingat tak, umi kahwin dengan walid sebab walid nampak alim kan? Ya orang luar suka gelarkan walid “ustaz”, sebab walid memang ada ilmu agama dan pandai bercakap topik agama. Kalau dia sembang bab agama berdegar-degar. Tapi dia sendiri solat pun acuh tak acuh. Selalu umi yang kena kejut subuh. Selalu umi lah yang kena suruh solat segala 5 waktu. Sebab walid jenis yang liat nak solat. Solat tapi suka lewat-lewatkan.
Bila sembang berdegar, tapi diri sendiri tak sama dengan dia punya sembang. Walid ni juga sebenarnya langsung tak hormat bini. Bayangkan kalau umi ada silap sikit pun, terus walid tengking umi depan family. Kadang-kadang kalau tengah jalan, depan-depan orang juga walid tengking umi. Umi ni malu pun terpaksa cover. Kadang-kadang umi nak nangis, tapi umi cover saja depan anak-anak. Walid ni memang layan umi macam hamba. Umi cakap sepanjang kahwin dengan walid, walid tak pernah sekalipun tolong umi buat kerja rumah, nak basuh pinggan sendiri lagiIah tak pernah. Apatah lagi masak.
Pastu walid ni suka marah-marah umi. Kadang-kadang walid ni kalau marah sampai merendah-rendahkan umi. Contoh hari tu pergi kedai makan, umi tak sengaja tertumpahkan nasi bawah meja. Tu pun bukan salah umi pun sebenarnya, sebab masa tu umi tengah dukung adik bongsu. Tapi walid on the spot terus tengking, “macam mana boleh jatuh??!! Haihhh. Tak reti nak makan elok-elok??!!”. Tengking walid sampai dahinya berkerut sambil geleng kepala dengan nada suara yang sangat kuat. Suara walid masa tu satu restoran tu boleh dengar.
Bayangkanlah umi masa tu malu giIa. Dah tumpah banyak nasi bawah meja, umi pun tunduk la atas lantai kutip nasi bawah meja. Walid bukannya nak tolong, walid sambung lagi membebel. Kami anak-anak pulak yang tolong tunduk kutip nasi dengan umi. Seriously, walid langsung takde empathy dan tak gentleman. Pastu pernah juga umi tengah rushing siapkan baju-baju nak balik kampung umi. Pastu umi tertinggal baju favourite walid. Walid punyalah marah siap tengking umi depan semua family masa tu. Walid siap cakap umi bengap lagi.
Pastu ada satu ayat walid yang umi paling tak boleh lupa sampai sekarang. Walid cakap “camnilah kahwin dengan orang yang tak cerdik. Camnilah. Asyik pelupa”. Kata walid kepada ipar duai yang lain. Walid ingat cool ke cakap camtu. Kami anak-anak ni panas hati saja dengar dia hina umi kami camtu. Ya umi memang tak belajar tinggi. Umi bukannya pelupa. Tapi sebab semua benda umi yang buat. Walid tahu mengarah saja. Masa umi tengah kemas barang nak balik kampung, walid pernah tolong? Tak pernah.
Walid hanya sibuk main phone. Sedangkan umi berlari-lari siapkan pakaian anak-anak dan suami. Walid pulak nak cepat. Umi terkejar-kejar nak buat semua. Pastu kerana tertinggal baju favourite walid, padahal banyak saja lagi baju lain. Walid terus hina umi macam tu. Dan ada banyak lagiIah episod walid hina dan maIukan umi depan orang ramai. Kami anak-anak ni la saksi dari kami kecil sampailah dewasa. Umi giIa tak derita? Umi selalu menangis sorang diri. Saya selalu nampak. Bila anak-anak dah besar ni barulah kami adik beradik berani tanya umi, dan umi pun buka cerita.
Saya pernah tanya umi “kenapa umi kahwin dengan walid? Kenapa masih terima walid padahal walid tu punyalah buruk akhlak dengan isteri”. Umi cakap, umi terima pun sebab umi tertipu dengan karakter luaran walid. Satu kampung mengagumi walid. Tapi yang kenal perangai sebenar walid hanyalah umi. Umi cakap, kalaulah umi tahu walid ni perangai camni, umi pun tak hingin nak kahwin dengan walid. Tapi dah takdir begini. Dah jodoh.
Pernah juga kami adik beradik ajak umi bercerai dengan walid. Sebab sejujurnya, kami kesiankan umi. Sepanjang hidup selalu makan hati dan diaibkan oleh walid. Walid pun betul-betul berIagak macam raja dalam rumah. Nak minum air kosong pun tak reti nak ambil sendiri. Nak ambil nasi sendiri pun tak reti. Semua umi yang buatkan. Umi tu betul-betul macam hamba abdi. Tapi umi cakap, umi pernah saja terfikir nak bercerai dulu. Memang umi tak tahan sebenarnya.
Umi banyak menderita emosi. Sampai umi pernah meroyan kejap lepas beranak tapi umi pulih. Semuanya gara-gara perangai walid. Umi sendiri pernah cakap nak minta cerai dengan walid, tapi walid cakap walid takkan ceraikan umi. Lagipun walid tak pernah angkat tangan dekat umi. Walid tak pernah abaikan nafkah. Cuma walid banyak sakitkan hati dan ganggu emosi umi sahaja. Umi cakap “takpelah. Umi syukur suami umi tak pernah pukuI umi. Masih beri makan minum untuk umi.
Kalau nak fikir yang negatif, memang asyik rasa nak bercerai saja. Kena pandang sudut yang positif saja.. Kalau bercerai, nanti anak-anak umi takde bapa. Nanti apa orang kata.” Baiknya umi tapi kami anak-anak sebenarnya nak saja cakap dekat umi. Kami rasa lebih bahagia sebenarnya kalau tiada walid. Rasa lebih tenang hidup takde walid. Umi takut nak cerai sebab fikir anak-anak. Padahal anak-anak lebih suka kalau ibubapa bercerai sebab tak tahan dengan penderitaan emosi yang dilalui oleh umi.
Kami sendiri pun sama-sama menderita dan kemurungan selalu dengar walid tengking umi hampir setiap hari. Bayangkan dari sekolah rendah hampir tiap hari dengar walid tengking dekat umi. GiIa emosi kami tak terganggu? Sampai sekarang pun, walid masih sama. Tak berubah. Tiap kali dengar walid hina umi, marah umi, sejujurnya saya pernah rasa nak angkat tangan dan pukuI walid. Sebab jiwa saya meronta-ronta untuk pukuI walid dari kecil lagi.
Jiwa ini sangat tak tahan melihat ibu sendiri dihina sebegitu rupa. Lebih terguris hati bila melihat attitude walid dengan orang luar sangatlah lemah lembut. Sangat sopan bercakap. Kalau walid bercakap dengan wanita lain, tak lekang senyuman di bibir. Tak berkedip mata kalau wanita tu cantik. Tapi dengan umi, langsung tiada rasa hormat dan kasih bila bercakap. Benarlah kata umi, walid sebenarnya tidak cintakan umi pun. Kahwin hanya atas desakan keluarga. Lepas kahwin pun tak betul-betul mencintai.
Hanya sekadar teruskan perkahwinan atas rasa tanggungjawab. Sebab tu walid layan umi camtu. Sebenarnya perkahwinan ini kosong. Langsung takde rasa cinta. Walid sendiri tak pernah ajak umi solat jemaah sama-sama. Padahal walid tu kaki surau. Hanya nampak ‘alim’ di mata orang luar. Sedangkan dalam rumah, umi dan anak-anak saja tahu. Baru-baru ini, kakak no 2 dipinang seorang lelaki yang nampak ‘warak’ juga. Walid setuju saja nak bermenantukan lelaki itu.
Walid cakap “tak payah memilih sangat. Asalkan lelaki tu beragama pun dah lebih dari cukup”. Seriously walid? Nak kami jadi macam umi? Hanya menilai agama semata? Tapi mujur kakak reject lelaki itu. Sebab turns out lelaki tu pun species macam walid. Alim tapi haprak. Belum kahwin dah ada cita-cita nak poIigami. Sehingga kini, umi selalu pesan pada anak-anak terutamanya anak-anak perempuan. “carilah lelaki yang betul-betul cintakan kamu. Yang dia sanggup buat apa sahaja untuk kamu. Yang melayani kamu dengan penuh kasih sayang dan hormat.
Yang sanggup tunaikan apa sahaja permintaan kamu. Yang utamakan kamu melebihi apa pun. Yang setia dengan kamu dan sanggup tunggu kamu sehingga bertahun-tahun.” Umi sambung lagi. Umi cakap “cari lelaki yang betul-betul cintakan kita. Jangan cari lelaki yang suka kita biasa-biasa saja, sebab dia berpotensi untuk layan kita pun biasa-biasa saja lepas kahwin dan berpotensi juga untuk curang. Cari yang dia tak sanggup kehilangan kita. Jangan jadi macam umi. Dah kahwin pun takde rasa apa. Sebab perkahwinan ini pun tidak bermula dengan cinta”.
Tapi umi pesan juga. Janganlah dating berdua ke hulu ke hilir. Tapi berkawan dulu dengan bakal pasangan. Kenal hati budi dulu. Selidik latar belakang dan sejarah hidup dia. Kena betul-betul teliti soal pemilihan suami. Sebab suami ni yang nak jadi ketua keluarga. Suami ni kita nak layan seumur hidup sampai mati. Kalau suami anggap kita permata, kita akan bahagia sampai syurga. Tapi kalau suami anggap kita biasa-biasa, mungkin akan dilayannya kita seperti hamba. Alhamdulillah, kakak sulung kami dah bahagia kahwin dengan lelaki pilihannya. Sangat gentleman suaminya.
Walaupun tak la alim mana, tapi solat 5 waktu jaga dan yang paling penting suaminya sangat romantis dan penyayang dengan isteri. Selalu layan kakak kami macam puteri raja. Kakak cakap “along kalau dengan hakim ni memang macam puteri raja. Along nak kemas rumah pun dia tak bagi. Dia akan upah orang untuk datang kemas. Basuh pinggan pun hakim yang basuhkan. Along hanya masak dan layan suami dan anak-anak saja.”
Bertuah betul along. Dapat suami penyayang. Suami yang melayani isteri bak puteri raja. Mana nak cari lelaki begini. Satu dalam sejuta. Paling penting, umi la wanita paling happy dapat menantu baik. Untuk walid, tolong doakan walid berubah jadi lebih baik. Dah besar panjang ni kami pun memang dah renggang dengan walid. Macam mana nak rapat. Kami dihantui dengan perangai walid terhadap umi. Igauan ngeri rasanya. Tolong doakan walid berubah jadi baik. Dan doakan walid dapat layan umi bak permaisuri.
<p>Semoga Allah lembutkan hati walid. Buat umi, semoga Allah kurniakan syurga untuk isteri seperti umi. Saya yakin ada ramai lagi wanita di luar sana yang senasib dengan umi. Be strong dan semoga syurga buat kalian. Jika tak tahan, bercerai sahaja. Jangan siksa jiwa dan mentaI dengan perkahwinan yang tak bahagia. Sudah-sudahlah memberi alasan kekal dalam perkahwinan kerana anak. Kerana bila anak dah besar, pasti anak akan suruh kalian bercerai saja dari dulu sebab tiada anak yang mahu ibu mereka dihurung pilu. Anda berhak untuk merasa bahagia. – Rosalinda (Bukan nama sebenar)