“Ayah paksa aku buka Facebook ibu tapi aku tipu cakap tak tahu. Sekarang aku menyesal…”

Dilahirkan dalam keluarga yang berpecah memang menyedihkan dan meninggalkan luka yang mendalam pada sesetengah orang. Apatah lagi jika ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab yang baik sebagai seorang ibu dan ayah. Ikuti kisah ini.

Nama aku Nuha (nama sandaran) berumur 25 tahun pada tahun ini. Pertama sekali, aku minta maaf jika ayat aku ini berterabur sedikit. Harap korang yang dapat faham apa yang aku cuba sampaikan. Confession ini adalah jalan cerita hidup aku yang berliku-liku hingga kini. Permulaan keluarga aku ni berkecai saat aku berumur 7 tahun. Dulu keluarga aku hidup senang. Ayah aku kerja di kilang sebagai supervisor dan ibu aku ada business menjahit.

Keluarga kami memang bahagia, walaupun tak kaya tapi cukup. Tiba-tiba, ada suatu hari, ayah aku datang ke sekolah aku, ayah aku suruh aku bersalaman dengan kawan kelas dan guru. On the spot, ayah bawa aku pulang dari sekolah suruh kemas baju. Malam tu juga, ada lori datang dan mengangkut semua barang kami ke Perak. Tahun 2005. Bermula lah kehidupan keluarga kami kucar kacir. Ayah telah berhenti kerja di kilang dan ibu pula start balik mencari tapak business baru di Perak.

Alhamdulillah ayah aku dapat kerja kilang lain cuma kilang tu jauh dengan rumah sewa kami. Mula-mula tu ayah aku mampu la ulang alik naik motor. Akhirnya dia ambik keputusan untuk menyewa bilik dekat dengan kilang dia.Terpaksa la sabtu ahad begitu je ayah balik. Tinggallah aku, adik-adik dan ibu. Tahun 2010. Zaman itu, Facebook baru nak diperkenalkan. Ibu aku pun ada create akaun FB. Mula lah, ibu aku berkenalan dengan ‘suami orang’ melalui chat FB.

Ayah aku secara senyap balik ke rumah, dia memaksa aku untuk buka akaun FB ibu aku tapi aku buat buat tak tahu password akaun ibu (padahal aku tahu). Aku takut ayah marah ibu aku tu yang aku bohong. Tahun 2012. Ibu aku minta diceraikan. Aku tak tahu sebab apa sebab aku budak mentah lagi. Yang pasti ibu ayah aku cerai bulan Februari, lepas tu ibu aku berkawin dengan ‘suami orang’ yang di chat kat FB tu. Aku sebagai anak, menyesal tak bagitahu password kat ayah aku, kalau tak, mesti ibu ayah aku tak cerai.

Hari yang ibu aku kahwin tu, aku dan adik beradik dilarikan. Ibu aku suruh aku tutup telefon. Aku lost contact dengan ayah. Tahun 2013. Aku dan ibu aku ni memang tak bersefahaman. Macam kucing dan anjing. Ibu aku balik je kerja, mesti dimakinya aku. Dikongkong tak boleh berkawan. Bayangkan lah, aku berkawan dengan seorang ustazah. Aku ada mesej kadang-kadang call ustazah tu tanya bab agama, ibu aku boleh cakap macam ni, “ko ni Iesbian ke dok kawan dengan perempuan?”

Aku rapat dengan seorang guru, dia boleh contact cikgu tu, burukkan aku kat cikgu tu. Malunya aku ya rabb. Habis je PMR, aku nekad lari rumah sebab dah tak tahan kena makian. Aku mesej ayah, tolong ambil aku dan nak hidup dengan ayah. Tahun 2014. Aku duduk dengan ayah dan opah aku. Sekolah baru. Ayah aku pun dah kahwin lain. Umi. Baik orangnya. Tapi dia tak beberapa sihat orangnya. Masa ini lah, ayah aku pula ada contact dengan seorang budak, umur sebaya aku.

Rupa-rupanya awek ayah aku. Hmm mengucap aku. Aku tak boleh focus belajar masa tu, nak SPM tahun depan. Aku apply asrama. Alhamdulillah, dapat.. Bila aku habis sekolah habis SPM, aku duduk semula dengan ayah dan opah aku. Awek ayah aku pun ada dalam rumah tu. Hmm.. kesian umi aku terpaksa hadap suami macam ayah aku. Tak bertanggungjawab, dan tak ada perasaan malu dekat mak (opah aku). Aku cari langkah lain, sambung STPM jauh dari rumah.

Alhamdulillah dapat la menyewa rumah masa STPM tu. Lupa aku nak cerita, masa aku SPM dulu, aku rapat dengan seorang cikgu perempuan, namanya cikgu Bulan (nama sandaran). Cikgu Bulan tu banyak ajar aku erti kehidupan. Dia memang banyak bantu aku, sentiasa ada jatuh bangun aku. Rumah sewa dan duit belanja, dia tolong bayarkan. Ibu ayah aku tak kesah dengan aku. Tahun 2018. Tup-tup, habis stpm, kerja sementara di Penang dalam beberapa bulan.

Alhamdulillah dengan result STPM aku, aku dapat sambung pengajian di sebuah universiti di Terengganu. Still, cikgu Bulan ada dengan aku, mengambil berat pasal aku. Dia yang hantar dan ambil aku ke bas station (nak balik atau pulang dari U). Pada saat ini, aku memang ada berkenalan dengan seorang lelaki. Pangkat abang jer, kami tak bercinta. Ibu aku tahu aku berkawan dengan lelaki ini. Aku panggil dia Khai je la. Tahun 2020. Opah aku dah meninggaI dunia kerana strok.

Ayah aku pula duduk rumah sewa. Jadi rumah opah aku tu tinggal la kosong. Masa ni, aku masih study, tengah sem 4. Ibu aku tiba-tiba gatal call Khai, suruh Khai ini datang jumpa dia. Khai ni apa lagi, dia macam nak marah aku, macam mana ibu aku dapat nombor telefon dia kan. Aku pun tak tahu siapa yang bagi. Rupanya kenalan ibu aku bagi. Malam tu juga Khai tu datang ke rumah ibu aku dengan ibu dan bapanya. Kesudahannya malam tu jadi HARI MERISIK. HAHAHAHA. Aku masa tu gelabah la oii.. aku dah la kat Terengganu.

Aku sumpah blur giIa, apa dah jadi malam tu. Ibu aku dok paksa bila nak tunang la nak kawin la. Akhirnya, Khai buat langkah mengejut, nak tunang cepat. Tunang la awal bulan feb. Ibu suruh aku contact ayah, suruh bagitahu dan jadi la wali. Tapi bila aku cari ayah, dia lari dari aku. Ayah aku masa ni dia dah duduk rumah lain sebelum opah aku meninggaI lagi. Aku dan Khai naik pejabat mahkamah nak tahu prosedur jika ayah aku tak nak jadi wali. Kesudahannya, kami buat surat arahan dari mahkamah hantar kat rumah ayah aku.

Aku pun pulang semula ke Terengganu. Beberapa hari selepas itu, hari Khamis. Ayah aku call Khai, jika nak ayah jadi wali, dia suruh kami kahwin esok (jumaat). Bayangkan aku baru balik Terengganu, kena balik on the spot ke Perak. Nasib baik ada tiket malam hari Khamis tu. Aku masa ni redha sungguh, minta tolong Allah kuatkan hati aku lalui detik-detik ini. Khai pula, kelam kabut hantar dokumen ke pejabat agama. Nasib baik orang pejabat agama terima dokumen kami (sepatutnya paling lewat kena hantar adalah seminggu sebelum akad nikah).

Alhamdulillah, selamat diijab kabul petang Jumaat tu. Aku sangat syukur bernikah dengan jejaka ini. Suami aku dan keluarganya sangat baik dan terima aku seadaanya. Perkahwinan aku dan suami aku sedikit sebanyak bantu aku untuk melupakan kisah silam perit aku. Kini, aku dah ada seorang anak. InsyaAllah aku akan didik dia sebaik mungkin. Aku tak nak anak- anak aku jadi macam aku. – Nuha (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Ayah hibahkan rumah untuk mak, abang mengamuk siapkan peguam untuk lawan di mahkamah”