Kelakuan anaknya tanpa disedari memanjat bumbung malah telah menabur pasir di dalam enjin kereta Lamborghini memaksa si ayah menanggung kerugian.
Lamborghini berharga 8 juta Yuan (RM 5.18 juta). Namun begitu, nilai sebenar kenderaan sebenar termasuk semua aksesori dan ubah suai yang dibuat adalah sekitar 10 juta Yuan (RM 6.47 juta).
Kejadian berkenaan berlaku di sebuah tempat letak kenderaan terbuka di China pada 29 Oktober lepas lapor The Thaiger,
Kereta mewah itu milik seorang lelaki yang meninggalkan kenderaan di tempat letak kenderaan terbabit atas satu urusan.
Selepas lelaki mahu mengambil semula kenderaannya, dia mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan kotor dan dipenuhi pasir.
Pemeriksaan pada kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) mendapati kejadiaan berkenaan berpunca daripada tindakan seorang kanak-kanak.
Ayah terpaksa bayar ganti rugi, anak tabur pasir dalam enjin & panjat bumbung Lamborgini
Selain dirakam menabur pasir pada bahagian terbuka enjin berkenaan, kanak-kanak itu juga turut memanjat bumbung kereta buatan Itali tersebut.
Berdasarkan bukti berkenaan, lelaki itu seterusnya membuat laporan polis. Hasil bantuan pihak berkuasa, kanak-kanak dan penjaganya berjaya dikesan.
Selepas kanak-kanak tersebut mengaku melakukan perbuatan berkenaan, ibu bapanya telah memohon maaf dan berjanji untuk menanggung semua kos baik pulih sekiranya berlaku kerosakan.
Mujurlah, walaupun pusat servis mengesan pasir memasuki bahagian anjin kereta berkenaan, namun tiada sebarang kerosakan yang berlaku.
Ibu bapa kanak-kanak berkenaan hanya perlu menanggung kos mencuci Lamborghini berkenaan sahaja yang berjumlah 10,000 Yuan (RM 6,478).
Walau bagaimanapun, dia menerima permohonaan maaf yang dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan lanjut.