Ayahanda NGO Islam dikenali ramai kantoi raba dada setiausaha sendiri

Ayahanda sebuah NGO Islam dikenali ramai didakwa telah bertindak agresif dengan meraba payudara setiausahaya sendiri dari belakang ketika berada di sebuah pejabat.

Ekoran itu, wanita yang mengidap barah payu dara trauma kerana menjadi mangsa gangguan seksual figura terkenal bergelar ‘ayahanda’.

Mangsa itu kemudian tampil membuat laporan polis selepas suspek didakwa bertindak agresif dengan meraba payudaranya, lapor Harian Metro.

Menceritakan dengan lanjut, wanita itu mengenali suspek berusia 70-an sekitar 2021 ketika bekerja di syarikat membekal buruh asing milik lelaki itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku Mei lalu. Kemudian letak jawatan disebabkan masalah kesihatan anak.

Sering bercakap hal lucah dan sifatnya yang ‘gatal’, suspek memang dikenali ramai kerana sikapnya ‘gurauan orang tua’.

Wanita itu kemudian berkeja semula dengan lelaki itu tetapi sebagai setiausaha di sebuah persatuan Islam dan dia sebagai pengerusi.

“Saya mulanya berasakan lelaki itu tidak berani membuat perkara bukan-bukan atas nama persatuan,” kata wanita itu.

Malangnya tabiat miang lelaki itu masih sama, dia cuba pegang tangan, dagu dan bahagian belakang namun saya sering menjauhkan diri dan mengelak daripada berada berdua di pejabat.

Mangsa berkata, pada awalnya dia takut nak buat report polis tetapi keberanian datang selepas mendapat sokongan rakan dan ahli persatuan lain.

Tetapi, ada dalam kalangan rakan sekerja tak mahu buat report atas alasan lelaki itu dianggap seperti ‘bapa-bapa’ dan ‘datuk-datuk’.

Baca juga: “Jangan boikot McD, dia tak beri sumbangan kepada Israel pun” – Mufti Pulau Pinang