Pelik tapi benar. Itulah perkataan yang boleh diungkapkan menerusi satu video yang memaparkan selera seekor ayam betina yang agak pelik ini.
Menurut South China Morning Post, ayam betina ini mempunyai selera yang lain daripada ayam biasa.
Manakan tidak, secara kebiasaannya ayam-ayam yang biasa pastinya memilih untuk memakan dedak, cacing dan sebagainya, ayam ini pula berselera untuk memakan skru besi.
Ayam tersebut dilaporkan tinggal di dalam sebuah kedai membaiki peralatan elektrik di China.
Ayam ini dilaporkan mempunyai berat lebih 1kg daripada ayam-ayam biasa yang sama umur dengannya.
Menurut pemilik ayam tersebut, tidak ada sebarang skru yang dikesan pada najis yang dikeluarkan oleh ayamnya itu.
Pakar mendakwa bahawa asid yang terkandung di dalam badan ayam tersebut telah mencernakan skru berkenaan.
Berikutan itu, ianya telah membuatkan ramai warganet hairan dengan ‘kebolehan’ ayam tersebut.
“Boleh tak kita bawa ayam itu melakukan imbasan sinar-X untuk mengetahui sama ada skru itu betul-betul dicerna?” tulis seorang warganet.
“Kadang kala ayam akan memakan batu untuk membantu sistem penghadamannya. Mungkin ayam betina ini telah tersilap membezakan batu dan skru,” tulis seorang lagi.
Baca: Abby Abadi bengang netizen bandingkan anak, jawab persoalan jarang tonjol adik Marissa