Ayam masak berlado sedap makan dengan nasi panas, nak lagi sedap jangan skip letak bahan rahsia ni

Menu ayam masak berlado merupakan hidangan kesukaan ramai. Walaupun sudah ramai yang tahu resepinya tetapi lebih sedap sekiranya letak satu bahan rahsia ini.

Selain ayam, resepi ini juga boleh dicuba untuk ikan, sotong, udang, paru dan lain lain mengikut cita rasa anda dan ahli keluarga. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Cili besar hijau dan merah
  • Cili padi merah
  • Belacan *bahan rahsia
  • Gula
  • Sos tiram

Cara penyediaan:

1. Cuci bersih ayam dan goreng sehingga garing.

2. Goreng kentang dan ketepikan.

3. Kisar semua bahan di atas dan tumis sehingga masak. Pastikan sehingga pecah minyak untuk mengelakkan sakit perut.

4. Kemudian, masukkan sedikit sos tiram dan kacau sebati.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas dan kicap memang sedap. Bilangan cili boleh mengikut kesesuaian.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Suami aku kantoi ada hubungan dengan anak dara kat tempat kerja, bila kantoi dia beli sejambak bunga sekali kad ada ayat sweet semata nak pujuk aku…”