Ayam pencen susah nak masak? Penjual ayam dedah rahsia bahan ‘power’

Mesti ada ramai peminat ayam pencen atau ayam kampung yang terkenal dengan isi yang agak liat, masa memasak juga agak lama.

Dengan peralatan lebih moden, cepat sahaja nak lembutkan ayam guna ‘pressure cooker’ tapi macam mana bagi mereka yang tiada?

Seorang pengguna Facebook, Norizah Othman tampil berkongsi rahsia yang dia dapat daripada seorang penjual ayam.

“Petua empuk ayam pencen atau ayam kampung ni saya cuma rebus ayam bersama gula-gula hacks je

“Itu pun pakcik perjual ayam ni yang bgitahu kat saya, katanya ayam cepat empuk. Alhamdulillah memang betulah petua ni,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Norizah berkongsi juga bahawa ayam pencen perlu dibersihkan dan direbus sehingga air kering mengikut kaedah di atas sebelum dijadikan rendang.

Antara petua lain yang dikongsi pengguna Facebook adalah seperti di bawah.

Air Kelapa

“Saya masak ayam hutan letak air kelapa, cepat empuk dan rasanya lebih manis serta sedap.”

Kurma

“Saya guna biji kurma, masa masak kari, sup atau rendang sekalipun. Empuk elok, sesuai juga untuk daging.”

Tutup penutup guna lesung batu

“Saya kalau rebus ayam pencen, tutup dengan penutup kuali tu, tindih pula dengan lesung batu. Alhmdulillah empuk.”

Betik muda

Senang sahaja nak bagi ayam pencen atau ayam kampung cepat empuk. Basuh ayam dengan betik muda.

Cincang betik muda dan tabur dalam basuhan ayam, InsyaAllah cepat lembut.”

Wah selama ini ingatkan gula-gula tersebut untuk legakan batuk dan sakit tekak sahaja, rupanya boleh lembutkan ayam juga.

Baca juga: “Semua benda mertua nak masuk campur, aku sampai gugur anak first sebab terlampau stress”