Ayob Khan bertukar ke Bukit Aman, jadi Pengarah JSJ Narkotik

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay, akan bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkuat kuasa, 26 Dis.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob sebagai Ketua Polis Johor, manakala Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Wan Hassan Wan Ahmad, dilantik menggantikan Kamarul.

Ketiga-tiga mereka kecuali Razarudin akan mula bertugas ke jawatan baharu masing-masing bermula 25 Jan ini.

Pertukaran berkenaan terkandung dalam surat bertarikh hari ini, dengan tandatangan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, dan diedarkan kepada semua Ketua Polis negeri, termasuk semua Pengarah pasukan keselamatan itu.

Pelantikan Razarudin adalah bagi menggantikan Mazlan Lazim, yang akan bersara wajib, esok.

sumber : FMT