Ayob Khan dedah rahsia orang agama kuat makan rasuah

Dalam mana-mana negara, rasuah sudah jadi satu barah kepada pemimpin negara. Tidak kira pangkat apa pun, budaya rasuah sudah manjadi satu malapetaka kepada sesebuah negara.

Begitu juga Malaysia. Rasuah tidak terjadi kepada pemimpin sahaja, malah sudah mengular kepada ‘Pak Haji’ ataupun watak islamik.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato Ayob Khan yang mendedahkan perangai sebenar watak ‘ustaz’ ini.

Pengalaman luas dan lama di Cawangan Khas Bukit Aman mengajar Ayob untuk membaca manusia rata-rata dan tidak mudah terperdaya dengan lakonan mereka.

“Orang Malaysia kita ini ada kecenderungan bila nampak orang derma sahaja, (perbuatan) yang lain tertutup.

“Kita nampak seseorang itu pernah terlibat dengan itu dan ini tetapi ada gelaran, rumah besar, duit banyak sampai bertabur atas lantai.

“Takkan tak terdetik persoalan ‘dari mana dia dapat duit banyak begitu? Dia bisnes apa?” jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada antara orang yang kelihatan alim serta sering bersedekah dan menderma itu sekadar wayang semata-mata.

“Jika kita membuka mata untuk memerhati dan membaca setiap perincian yang dipamer dalam gerak tubuh dan tutur katanya.

“Kita akan ketahui siapa sebenarnya yang berselindung di sebalik topeng itu.

“Contohnya, duit rasuah pergi haji. Dia ambil rasuah banyak-banyak, RM3 ke RM4 juta setahun, dan tiap-tiap tahun dia pergi menunaikan haji. Lepas itu dia minta ampunlah.

“Balik, minta rasuah lagi. Tahun depan pergi haji lagi. Betul? Ada karakter macam itu, kan?” soalnya kembali.

Artikel ini adalah berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Ayob pada 2021 sebelum bergelar Timbalan Ketua Polis Negara mengenai kegiatan rasuah dibalik amal ibadah.

Baca: Netizen bongkar rahsia lokasi mamak didakwa ‘bela’ belasan ular sawa, “Kembang tekak tengoknya”