Azalina dilantik Penasihat Khas Ismail Sabri, jaga undang-undang dah hak asasi

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.

Difahamkan, beliau telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Ahli Parlimen Pengerang itu berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan beliau untuk melantiknya ke jawatan berkenaan.

“Terima Kasih YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. InsyaAllah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Sejak semalam tular ucapan tahniah kepada Azalina atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam media sosial.

Azalina adalah pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164660/BERITA/Nasional/Azalina-dilantik-Penasihat-Khas-PM

COMMENTS