Azhar Sulaiman pecah rahsia kenapa batu rumahnya tak boleh pecah rupa-rupanya tempat pemujaan Orang Asli

Siapa tak kenal dengan Azhar Sulaiman sebagai pelakon dan juga merupakan seorang arkitek dan pereka di Malaysia sebab itulah rumahnya yang pernah direka bentuk olehnya.

Sebaik sahaja berumahtangga dengan Chempaka Emalin Pahamin beliau disuruh Allahyarham Pahamin Rejab mereka sebuah rumah di satu kawasan yang kini terbinanya rumah empat beradik termasuk ibu mentuanya.

Namun baru-baru ini, Azhar ada memuat naik video di laman sosialnya mendedahkan sebahagian kawasan kediamannya termasuk sungai daripada air bukit dan yang hairannya tanah itu juga merupakan tapak peninggalan pemujaan Orang Asli.

Menerusi video berdurasi satu minit 33 saat itu, Azhar bercerita mengenai satu batu misteri yang tidak boleh dipecahkan ketika rumahnya dibina.

Jelasnya, sejenis batu granite itu wujud di kawasan dalam rumah, malah sudah merebak hingga ke dinding luar rumahnya.

“Kalau orang datang ruah Behar (panggilan Azhar), mereka akan tanya ‘ini ruangan apa? Macam tempat store tapi nampak tinggi’.

“Kat bawah tempat tu sebenarnya ada batu granite yang tak boleh dipecahkan. Susah gila nak pecah, batu tu memang tak nak pecah.

“Batu yang besar ni bukan setakat tak dapat dipecahkan, malah ia terkeluar sampai dinding luar rumah,” ujarnya.

Menurut Azhar, dia sudah cuba beberapa kali untuk memecahkan batu tersebut sebelum membina rumah, namun usaha itu sia-sia dan mengambil keputusan untuk membiarkan begitu.

“Batu ini sebahagian daripada tempat Orang Asli memuja dan sembahyang dulu. Jadi masa site visit, jumpa tempat ni tapi tak sangka pula ianya sebahagian daripada pintu utama rumah saya,” katanya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen meluahkan rasa seram dengan pendedahan yang dikongsikan pelakon itu.

Ada juga yang bertanyakan jika berlaku kejadian misteri semasa pembinaan rumah itu dibuat.

Dalam video berasingan, Azhar menunjukkan batu granite lain yang berada di depan pagar kawasan rumahnya.

Walaupun rasa seram sejuk dengan pendedahan itu, tapi min rasa unik sungguh rumah Azhar Sulaiman ni!

Baca juga: “Tidak. Saya tidak hantar mesej ‘selamat pagi’ tiap hari, tapi dia sanggup jawab call saya 3 pagi”