Semalam ramai terkejut dengan kekalahan Azizulhasni Awang dengan atlet dari Belanda dalam acara pecut basikal. Rata-rata netizen mula luahkan rasa tidak puas hati dengan atlet sasaran emas itu. Ikuti perkongsian dri Zulhafidzyahya berkenaan format sebenar acara basikal yang ramai tak tahu.
Rakyat Malaysia ramai yang menantikan sukan Basikal di Olimpik ni selepas sukan Badminton. Kawan-kawan berbasikal saya pun ramai tak sabar-sabar menantikan acara basikal ni. Confirm melekat depan tv.
Tapi, tahukah anda format Acara Basikal yang akan berlangsung 7 hingga 9 Ogos ni? Kalau dah tau ok, kalau tak tau, ok boleh baca ni sket-sket…. supaya faham kenapa ada rider basikal tu keluar banyak kali ada yang eh, tetibe ade, tetibe takde…tetibe ade balik walau kalah… haaaaa
===================
UJIAN MASA ( KELAYAKAN )
===================
Semua pelumba akan membuat ujian masa. 24 pelumba yang mencatatkan masa terpantas akan layak ke PUSINGAN PERTAMA.
===================
PUSINGAN PERTAMA ( 1/16 )
===================
24 pelumba akan berentap 1 lawan 1, jadi akan ada 12 saringan.
12 pemenang dalam tiap saringan akan mara ke PUSINGAN KEDUA.
12 orang yang tewas tadi akan ke Repechage ( peluang ke 2) dan akan berentap sesama mereka dalam 4 saringan.
1 saringan akan ada 3 pelumba. Pemenang tiap saringan ( 4 orang ) akan mara ke PUSINGAN KEDUA bersama 12 pemenang awal tadi.
Jadi jumlah ke PUSINGAN KEDUA seramai 16 orang pelumba.
================
PUSINGAN KEDUA (1/12)
================
16 pelumba akan berentap 1 lawan 1 dalam 8 saringan..
8 pemenang dalam tiap saringan akan mara ke PUSINGAN KETIGA..
8 orang yang tewas tadi akan ke repechage ( peluang ke 2) dan akan berentap sesama mereka dalam 4 saringan.
1 saringan 2 pelumba, pemenang tiap saringan ( 4 orang ) akan mara ke peringkat seterusnya bersama 8 orang pemenang awal tadi.
Jadi jumlah yang mara ke PUSINGAN KETIGA seramai 12 orang pelumba.
================
PUSINGAN KETIGA (1/8)
================
12 pelumba akan berentap 1 lawan 1 dalam 6 saringan.
6 pemenang dalam tiap saringan akan mara ke SUKU AKHIR.
6 yang tewas tadi akan ke repechage ( peluang ke 2) dan akan berentap sesama mereka dalam 2 saringan.
1 saringan 3 perlumba, pemenang tiap saringan ( 2 orang ) akan mara ke SUKU AKHIR
Jadi jumlah yang mara ke SUKU AKHIR seramai 8 orang pelumba.
========
SUKU AKHIR
========
8 pelumba berentap di SUKU AKHIR sesama mereka dalam 4 saringan.
4 pemenang tiap saringan akan mara ke SEPARUH AKHIR.
Yang tewas akan bersaing sesama mereka untuk penentuan no 5 hingga 8.
===========
SEPARUH AKHIR
===========
4 pelumba akan bersaing sesama mereka,
2 pemenang akan mara ke AKHIR penentuan Pingat Emas dan Perak…
Yang tewas akan bersaing untuk Pingat Gangsa.
====
AKHIR / FINAL
====
2 terbaik akan berentap sesama mereka.. Pemenang dapat Pingat Emas
Kalau yang bangsa final, tak risau, time final je tengok nanti hahahaha
Azizulhasni Awang Peluang Emas Negara Olimpik 2024.
Nukilan zulhafidzyahaya