Azri Iskandar tepis dakwaan lamar wanita dua hari selepas bercerai

Azri Iskandar tepis dakwaan lamar wanita dua hari selepas bercerai. Seorang wanita dikenali sebagai F yang mengakui menerima lamaran daripadanya, pelakon Azri Iskandar memohon kehidupannya tidak terus diganggu individu terbabit.

Menurut Kosmo! Online, Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar memberitahu, tidak logik untuk dirinya mengajak seorang wanita berkahwin dua hari selepas bercerai dengan bekas isteri, Ellie Suriaty.

“Saya tak tahu apa motif dia buat pendedahan kepada media selepas saya bercerai dan membuat pendedahan ingin membina masjid dengan Azra Diera.

“Kalau niatnya untuk mengeruhkan hubungan antara saya dengan bakal isteri, semoga berjaya sebab Azra percayakan diri saya.

“Pesan saya untuk dia, berhentilah. Tolong jangan kacau hubungan dan runtuhkan masjid yang saya nak bina dengan Azra,” katanya.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu menegaskan lagi bahawa, hanya Azra yang ingin dikahwininya buat masa sekarang.

“Saya cuma nak berkahwin dengan Azra. Apabila membaca dakwaannya, saya pun terkejut tapi saya yakin, Azra lebih tahu kebenarannya.

“Macam saya cakap tadi, di mana logiknya dua hari lepas bercerai terus ajak berkahwin sedangkan sebelum itu kami dah putus hubungan agak lama sebelum bertemu kembali baru-baru ini,” ujarnya.

Azri mengesahkan ingin mengahwini wanita pilihan yang juga merupakan seorang penulis skrip, Dr. Azra Diera, 43, bulan ini.

“Buat masa sekarang tarikh nikah belum ada. Insya-Allah dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis berjumpa keluarga perempuan untuk merisik.

“Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” ujarnya.

Baca Juga: 19 tahun hidup bersama, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bercerai

Baca Juga: Awas kalau berada di lokasi ini, ada ‘peragut’ amat berani beraksi