Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim menyatakan dalam majalah Dewan Kosmik edisi Januari 2000 bahawa masalah cirit birit biasanya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat.
Secara amnya, cirit-birit berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman yang tercemar, makan dengan tangan yang kotor, atau tangan yang tidak dibasuh selepas terpegang najis.
Pelbagai jenis virus, bakteria, dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis yang kemudiannya berlanjutan kepada cirit-birit. Beberapa kuman yang biasa menyebabkan masalah ini termasuk:
- Bakteria. Cth: Salmonella atau Escherichia (E. coli)
- Virus. Cth: Norovirus atau rotavirus
- Parasit. Cth: Giardia intestinalis
Tanda-tanda cirit birit:
- Najis cair
- Sakit atau kejang perut
- Kerap ingin menggunakan tandas
- Mual dan muntah-muntah
- Demam
- Hilang selera
- Dehidrasi
Petua menghilangkan cirit birit:
Berikut adalah beberapa petua dan rawatan yang biasa dilakukan apabila seseorang mengalami cirit-birit:
1. Oral Dehydration Salt(ORS)
Menurut laman myhealth.gov.my, Oral Rehydration Salt (ORS) merupakan satu campuran khusus gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil mudah diserap oleh usus kecil, walaupun individu tersebut mengalami cirit-birit yang teruk.
Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang hilang melalui najis.
2. Pil Chi Kit Teck Aun
Mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam, pil ini biasanya memberikan rasa lega dalam masa dua jam selepas pengambilan.
3. Daun Teh
Ambil beberapa daun teh dan rendam hingga kembang menggunakan air panas. Kemudiam minumlah selama beberapa kali sehingga sembuh.
4. Air Tepung Gandum
Minum air tepung gandum (Rendam tepung dalam air masak, bila tepung sudah mendap di bagian bawah, ambil airnya dan minum).
5. Ciku Muda
Ambil beberapa ciku muda dan rebuskan di atas air yang panas. Kemudian minum air rebusan tersebut.
Selamat mencuba!