‘Badan dah le chubby, dah macam mak anak 5’-Leona tak kisah apa orang nak cakap

Kasih Iris Leona anak kepada Azhar Sulaiman seringkali memuatnaik videonya mengiburkan para peminatnya terutama di laman Tik Tok.

Bagaimanapun beliau tak kisah apa orang nak cakap mengenai dirinya yang seringkali terlihat mengenakan pakaianya yang mencolok mata.

Di umurnya baru masuk 21 tahun, Leona seringkali memuatnaik videonya mengiburkan para peminatnya terutama di Tik Tok.

Antara content yang paling kerap dimuatnaik oleh Leona ialah videonya menari dan juga video trend yang terkini.

Yang terbaru, satu lagi video Leona menari menjadi perhatian ramai. Video berkenaan diperkatakan ramai kerana pemakaian Leona dan juga bentuk badan gadis ini.

Memang sudah begitu kerap baju dan pemakaian Leona jadi bualan ramai, apatah lagi ianya tak bersuaian sebagai seorang wanita muslimah.

Namun kini, lebih banyak pula komen yang memperkatakan tentang betuk badannya yang kini dilihat semakin berisi atau dah mula chubby.

Namun kritikan demi kritkan, Leona kekal positif dan tidak terkesan dengan komen seperti itu.

“Saya okey saja dan amat gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu yang paling penting,” katanya.

Leona juga sempat membalas komen yang mengatakan bahawa dirinya dah macam seorang ibu yang ada anak lima.

“Ada yang kata badan saya macam seperti ibu kepada lima anak.”

“Oleh itu, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?”

Anak kedua Azhar Sulaiman ini turut berkata, jika videonya memberi kegembiraan kepada orang lain, dia turut gembira.

“Jika selalu tengok hidup saya dapat bagi kegembiran pada anda, sila teruskan, sebab hidup anda tu dah terlalu kusut.”

“Kalau saya boleh beri keterujaan, saya tumpang bahagia.”

“Hidup ini singkat dan hidup ni bukan di media sosial saja.”

“Letak telefon dan pergi jalani kehidupan dunia nyata di sekeliling anda.”

Itulah komen dari Leona anak kepada Azhar Sulaiamn tentang video terbarunya.

Baca juga: Tipu duit RM1.9 juta, wanita ini kantoi kononya hidap kanser ovari, akhirnya bayar denda RM26